ep1

1.6K 89 17
                                    

Larian Jaehyuk semakin laju dan laju apabila satu suara mengejarnya dari belakang. Peluh dingin membasahi keseluruh tubuhnya. Tubuhnya mengeletar apabila suara nyaring seorang wanita semakin hampir dengannya.

Sesampi disatu lorong yang gelap jaehyuk berhenti kerana keletihan. Jaehyuk memusing tubuhnya melihat adakah seseorang mengikutinya. Tapi dia tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan di lorong itu terlalu gelap.

Jaehyuk duduk keletihan,kakinya menjadi lemah kerana berlari terlalu kencang. Angin sejuk menyapa wajahnya. Seram sejuk mula dirasainya. Jaehyuk yang tidak berdaya untuk bangkit berdiri hanya mampu mengesot dirinya ke belakang.

SHHHHHHHHH~

Deruan angin membuatkan jaehyuk ketakutan. Bunyi tapak kaki menghentikan jaehyuk dari mengesot kebelakang. Bunyi tapak kaki itu semakin hampir dengannya dan lama kelamaan bunyi kaki itu berhenti. Jaehyuk dari rasakan yang 'benda' itu sudah berada di hadapannya.

Bau hanyir darah menusuk kedalam rongal hidung jaehyuk. Dirinya terkaku dengan kedaannya sekarang. Hanya dia dan 'benda' itu didalam lorong.

Tiba tiba mata jaehyuk tertumpu pada kain putih yang terserek di tar jalan. Jaehyuk cuba menyentuh kain itu namun secara mengejut satu wajah ngeri tepat pada mukanya. Rambut panjang, gigi bertaring yang berlumuran darah membuatkan nafas jaehyuk terhenti.

OMMAAAAA!!!!

Jaehyuk terbangun dari tidurnya. Peluh-peluh membasahi dirinya. Dipandang seluruh biliknya. Satu keluhan lega dilepaskan.

" Apsal aku kerap sangat mimpi hantu ni? Apa yang-

Percakapan jaehyuk terhenti apabila tingkap biliknya terbuka dengan sendiri. Angin malam memasuki ruangan biliknya. Air liur ditelan takut. Baru saja bermimpikan hantu dan kali ini masuk dalam realiti?

Dalam ketakutan jaehyuk bangkit turun dari katil lalu melangkah perlahan-lahan menutupi tingkap biliknya. Keadaan kembali sunyi setelah tingkap ditutup. Satu bayangan menjadi tarikan jaehyuk. Pokok besar dihalaman rumahnya dipandang dengan mata ketakutan.

Susuk tubuh seorang wanita berpakaian serba putih dan berambut paras Punggung dipandang lama. Jaehyuk yang sekarang telah dikawal dan bukan dirinya yang seberna. Jaehyuk sedaya upaya menutup matanya agar tidak memandang kearah pokok itu namun tak berjaya.

Susuk tubuh itu memusingkan badannya menghadap jaehyuk. Kepalanya diangkat memandang jaehyuk dari tingkap biliknya. Jaehyuk segera memusingkan badanya apabila mata wanita itu tepat pada matanya. Jaehyuk berlari ke katik ketakutan. Dibungkus dirinya dengan selimut. Badanya bergeletar hebat.

Dan akhirnya jaehyuk ketiduran juga walau dalam keadaan ketakutan.

--

[ √ ]SAVE ft. TreasureWhere stories live. Discover now