CHARACTERS

186 10 27
                                    

*Di sini sis guna marga Hwang. Sekali sekala sis inginkan perubahan.*

HWANG JUN MIAN (SU HO)

Abang sulung dalam keluarga Hwang.
Bekerja sebagai eksekutif syarikat perkapalan milik ayahnya.
Seorang yang prihatin, penyayang terhadap adik beradiknya.

HWANG CHAN LIE (CHANYEOL)

Anak kedua dalam keluarga Hwang.
Menghidap sindrom Peter Pan selepas terlibat dalam kemalangan setahun lalu.
Dahulunya dia seorang yang ceria.
Sebelum kemalangan itu dia bekerja sebagai pengurus syarikat pengiklanan.
Namun selepas kemalangan itu hidupnya berubah seratus peratus.
Amat disayangi oleh adik beradiknya biarpun keadaannya tidak sama seperti sebelumnya

HWANG ZI TAO

Ketua doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaysia Sabah.
Banyak membuat kajian tentang sindrom Peter Pan yang dikenali juga sebagai 'little space syndrome'.
Dibantu oleh adiknya Sehun, dia cuba merungkai persoalan tentang sindrom tersebut dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh abangnya.

HWANG JONG IN (KAI)

Seorang pensyarah fakulti perubatan di Universiti Malaysia Sabah.
Seringkali membantu Tao mencari jawapan yang berkaitan dengan penyakit yang dihidapi oleh abang mereka, Chanyeol.

HWANG SHI XUN (SEHUN)

Seorang doktor pakar psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaysia Sabah.
Seringkali membantu abangnya Tao, yang merupakan ketua doktor di situ.
Amat menyayangi abangnya, sama seperti Tao hatinya juga mudah tersentuh bila melihat keadaan Chanyeol yang tidak seperti dahulu lagi.

(Idea untuk fiction ini sudah lama ada dalam kepala sis.
Sesekali sis ingin buat perubahan dalam fiction ini, watak dalam fiction ini boleh dikategorikan sebagai watak berat, terutamanya Chanyeol. Jika selalunya kita akan lihat wataknya yang serius, kelakar adakalanya bersahaja namun kali ini wataknya 100% berbeza)

LITTLE SPACE: HE'S SO SPECIAL Where stories live. Discover now