part 1

11 0 0
                                    

Handbag yang ada di tangan dibawa dalam keadaan tergesa-gesa oleh Rania. Hari ni dia sangat teruja kerana hari ni hari pertama dia mula kerja setelah setahun menjadi penganggur yang Berjaya. Resume ditangan dilihat dengan perasaan bangga dan keyakinannya 100% bahawa dia akan dapat kerja ni.

"kenapa tiba-tiba aku berdebar ni?",detik hati Rania apabila menjejakkan kaki di bangunan yang megah itu.

Mata Rania melilau melihat susana office yang tenang. Susunan perabot yang kemas dan dinding yang dicat dengan warna putih dan hitam.

"ada yang boleh saya bantu?", Tanya seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu.

"ohh saya ada interview kat sini hari ni", jawab Rania dalam keadaan malu-malu.

Rania pada awalnya seorang yang happy go lucky tetapi selepas peristiwa yang berlaku kepadanya dua tahun lepas menjadikan dia malu dan susah untuk bergaul dengan orang luar.

"haaa awaklah yang saya tengan tunggu ni, kenapa lambat? Bos dah marah tu, by the way nama saya Rina. Awak boleh panggil saya kak rina, Nampak macam awak lebih muda dari saya.

"betul ke bos tengah marah kak rina? Berdebar pula hati ni dah la tak pernah jumpa sebelum ni, masa interview pon saya jumpa Encik Taufik sahaja. Tanya rania dengan gagap.

"bos kita tu garang ni akak nak pesan awal-awal sebelum terlambat. Awak nanti jadi PA dia so memang setiap hari kena bagitahu jadual harian dia,appointment yang dia ada apa semua. Setiap pagi awak kena pastikan ada kopi atas meja dia sebelum dia masuk office."tutur kak rina dengan lembut.

"Dah jom pergi nanti dengan akak sekali kena marah sebab lambat", sambung kak rina.

Rania hanya mengikut di belakang kak rina, perasaan berdebar semakin mengila dan dia rasa seperti ada sesuatu yang tak kena.

######

"Apasal budak baru ni lambat sangat? Hari pertama kerja dah buat hal. Apa nak jadi la dengan budak zaman sekarang disiplin semua hampeh. Aku dah tunggu sejam tapi bayang pun tak nampak lagi. Rina yang tolong pergi cari tu pun hilang entah kemana..asal la semua orang buat aku rasa nak marah ni"bebel Rykal.

Sedang asyik Raykal membebel sorang-sorang terdengar ketukan pintu dari luar,

"masuk' arah Raykal dengan tegas.

Kak rina melangkah masuk terlebih dahulu dan diikuti oleh rania yang berjalan sambil menunduk kebawah. Setelah mendengar nada yang mengarahkan mereka masuk membuatkan perasaan berdebarnya kembali.

"maafkan saya sebab lambat bos, saya lambat sebab tunggu budak kecik ni dekat bawah tadi" bagitahu kak rina kepada raykal.

"okay kau boleh keluar dan jangan lupa bagitahu siti buat kopi untuk aku"arah Raykal yang sedang menyemak dokumen.

"kenapa kau lambat?"Tanya raykal tanpa mengangkat muka untuk memandang gerangan di depanya.

Rania dengan takut mendogakkan kepalanya untuk melihat gerangan yang berada di depanya. Selepas melihat gerangan di depannya membuatkan lututnya tiba-tiba lembik dan jatuh tersungkur di lantai. Raykal yang tidak mendengar jawapan balas dari rania terus mendongakkan kepala memandang kedepan. Matanya terbuka dengan luas dan terus bangun dari kerusi.

"kau buat apa kat sini?"tanyanya dengan suara yang tegas

Rania terus diam seribu bahasa kerana macam-macam perkara yang sedang berlegar di otaknya. Rania seperti berada dalam dunianya sendiri.

"aku tanya ni kau buat apa kat pejabat aku?jawab la aku Tanya ni kenapa kau diam macam orang bodoh" herdik raykal.

Rania terus berdiam diri kerana mulutnya tiba-tiba berkunci dan tak dapat mengeluarkan sepatah kata. Kesunyian yang tercipta di dalam pejabat tu menambahkan lagi perasaan marah di hati raykal.

"sa...saya dapat ker...ja dekat syarikat ni,sumpah saya tak tahu ni syarikat awak" jawab rania dengan tergagap-gagap.

Raykal yang melihat keadaan rania yang tidak terurus itu tidak dapat mentaksir perasaan sendiri dan terus berpusing untuk melihat keadaan di luar melalui dinding yang kebanyakkanya diperbuat dari cermin.

"sekarang kau dah tahu kan so boleh la kau pergi cari kerja lain. Aku rasa kau tak layak nak kerja dengan aku"tutur raykal dengan perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"FALLING IN LOVE AGAIN WITH MY EX-FIANCEWhere stories live. Discover now