Bab 1 'Lashkar & Vanide'

13 1 0
                                    

"apa kau buat kat sini?" darah muda nya menyirap melihat satu sosok perempuan sedang bertinggung di balik benteng benteng pasir.

"tolong! Tolong benarkan aku bersembunyi disini".ada getar di hujung suaranya.
Laju hatinya menyumpah seranah bertalu talu. Mata dipejam, gigi gerahamnya dilaga berkali kali.

"hei, perempuan!! Sini bukan tempat terbaik Untuk Kau bersembunyi. Ini kawasan hotspot! Setiap bedilan mereka mengarah ke sini. Kau nak hidup tak?? Kalau nak, segera beredar.aku tak nak susahkan diri aku nak tanam kau nanti! Banyak lagi benda berfaedah aku nak buat!"
Nada marah jelas pada suaranya. Nada yang tinggi cukup membuatkan perempuan itu menikus dan mula berair mata.

Ah, sudah! Drama air mata apa pulak ni.

" tolong.. Kasihani saya saudara. Saya hanya hendak menyelamatkan diri. Keluarga saya semua dah mati. Hanya saya yang tersisa. Tolonglah.."

Geram dan marah berbaur di dadanya. Bukannya dia tak nak tolong. Tapi keadaannya sendiri sedang bersusah payah menghadap musuh yang tak kelihatan.

" arghhhhhh!!". Dia menjerit. Wanita tadi masih membatu. Lashkar berkira kira hendak membantu wanita itu.

" dah! Cepat aku bawa kau ke tempat selamat. Tapi ingat! Kau jangan cuba cuba nak keluar berseorangan dari tempat tu. Aku tak nak kau mati katak kat sini". Ungkapnya sambil menarik lengan baju wanita tadi.

Lashkar segera menaikkan senapang yang terleret dari bahu kananny. Wanita tadi sedikit pucat melihat senapang. Kerana tadi terlalu kalut hingga tidak perasan bahawa lelaki tersebut memiliki senjata. Air liur yang ditelan terasa kesat.

Mahu tak mahu perlahan lahan dia mngekori lelaki tadi. Lelaki tersebut mengarahkan dia mempercepatkan langkahnya.. Dia hanya akur.

Sampai di penghujung jalan terdapat satu lorong gelap umpama batang paip simen yang panjang setinggi 5kaki. Sepanjang lorong itu hanya kegelapan yang menjamu matanya. Langkahnya terhenti seketika. Berkira kira sama ada perlu ikut lelaki itu ataupun tidak. Hidungnya menangkap bau bangkai yang kuat. Wanita itu terus menutup hidungnya dengan tangan.

Lashkar menoleh ke arah wanita itu. Dengan kening berkerut dia bertanya,

"hah, dah kenapa? Tak nak ikut? Atau hati kau dah berubah?".

Wanita tadi hanya tunduk. Air matanya masih menitis seperti tadi.

"ko tak payah nak menangis lah! Lepas lorong ni kita akan jumpa satu kawasan kem sementara. Kat situ ko boleh rehat. Ramai orang kat situ". Lashkar seolah faham hati wanita itu.

Wanita tadi berasa lega dan mula mengikut langkah lashkar. Lashkar mengambil sumbu yang terletak di tepi lorong lalu menyalakannya.

Sebaik sumbu dinyalakan. Keadaan lorong menjadi terang benderang.. Kelihatan terdapat 1 mayat yang bergelimpangan. Kepala telah terpisah dari jasad. Wanita itu terus muntah di tempat kejadian.

"dah dah! Cepat!", lashkar mempercepatkan langkahnya di ikuti oleh wanita tadi.

Lebih kurang 5 minit kemudian mereka telah sampai di penghujung lorong. Dan betul, seperti yang dikatakan lelaki tadi terdapat kem semntara di situ.

Ada lebih kurang 7 khemah didirikan. Dan setiap khemah terdapat satu tangki air berwarna hijau lumut. Wanita tadi mula merasa lega. Syukur dia berjumpa dengan orang yang tepat.

"hei, lashkar! Ko bawa siapa ni?". Seorang lelaki botak berbaju singlet menegur lelaki bersamanya tadi.

Oh, nama dia lashkar rupanya. Lashkar hanya tersenyum.

"anak kau mana, reza? Biar dia bawa perempuan ni ke khemah dia. Aku jumpa perempuan ni tadi masa kat benteng pertahanan kita. Nasib aku jumpa dulu, kalau zeonel yang jumpa silap silap dah kena kenduri dah dia". Kata lashkar lalu meletakkan senjata yang di bawanya tadi.

"bella! Bella!! Mana pulak budak ni". Reza melaung laung nama anaknya berulang kali.

Tidak lama kemudian muncul seorang gadis lebih kurang bayanya tersenyum. Bertudung hitam. Kepalanya di lilit dengan kain berwarna hijau dengan tulisan 'laa ilaa haa ilallah' .

" hah, bella bawak budak ni ke khemah kamu. Lashkar jumpa dia tadi". Gadis bernama bella itu tersenyum memandangnya.

" hai, saya bella. Nama kamu siapa?". Tanya bella lalu menghulurkan tangan.

"nama saya vanide. Vanide zulham". Balas wanita tadi. Tiba tiba muka lashkar berubah. Dari posisi duduk dia terus berdiri tegak.

"zulham?? Maksud kamu ayah kamu bernama zulham? Kamu asal mana??". Mata lashkar menjadi bulat tajam memandang vanide.

Vanide jadi kelu. Kenapa? Dia tiba tiba menjadi marah yang amat seperti itu.

"saya dari perkampungan ghazals. Lebih kurang dua hari lalu saya berjalan kaki ke sini. Kampung saya habis di bedil oleh zeonel. Untuk menyelamatkan diri saya bergegas berlari. Sehinggalah saya sampai ke sini". Vanide mula teresak esak.

Lashkar terduduk kembali. Perlahan lahan memori 12 tahun lalu bermain di pelupuk ingatan. Kenangan kembali hadir diruang matanya..

Dia seperti hanyut di bawa kenangan silam..

saat peradaban teknologi tiada. dunia huru haraWhere stories live. Discover now