PENCINTA JANTUNG

31 7 20
                                    


  Michell Kelly merupakan gadis yang sangat popular akan kepandaiannya dan setiap hari orang tidak henti2 membicarakan tentang dirinya. Di sekolahnya itu terdapat 3 kelas yang setiap satunya mempunyai jumlah pelajar seramai 50 orang. University Kennel, merupakan University yang hanya pelajar cemerlang boleh masuk jadinya tidak heran jika Michell belajar disitu. 3 kelas tersebut ialah Masjestic, Rossey, dan Legend. Kelas yang paling pandai ialah Masjestic, yang kedua ialah Rossey dan terakhir Legend. Michell merupakan pelajar kelas Masjestic yang tidak pernah berada di kedudukan nombor selain nombor 1. Oleh itu, secara tidak langsung dia merupakan pelajar yang sangat bijak dan disanjung oleh semua orang.


 "Kringgggg!!" bunyi loceng menandakan waktu rehat jelas kedengaran.


 Michell yang awalnya dari kelas kimia itu melangkah keluar dari kelas tersebut untuk ke kantin.


"weh, tu kan budak pandai kelas Masjestic? dah lah pandai ,cantik pulak" ujar jejaka di situ

"Haah, wahhh untung siapa jadi boyfriend dia!!"


Michell yang berada di situ tidak mengendahkan kata2 tersebut kerana baginya perkara itu sudah lali didengarinya. Dia pun meneruskan langkahnya ke kantin.


"boyfriend? who need men?  I can survive without them... tapi aku tak boleh survive tanpa jantung" bisik hati Michell sambil menggelengkan kepalanya.


Sampai sahaja di kantin, Michell pun bergerak menuju ke arah meja kosong dan duduk disitu. Dia pun mula membaca buku nota kimia yang dibawanya dari tadi. Tiba-tiba seorang gadis yang berambut ikal mayang duduk di hadapannya dan mula membuka topik perbualan. Gadis tersebut bernama Niani Rose, dia merupakan teman sekelas Michell.


Michell, nanti lepas habis kelas awak ajar saya Kimia boleh? Soal gadis bernama Nia

"ouh boleh je, tapi datang rumah saya tau? luas sikit" Jawab Michell

"ouhhh okay boleh, pukul berapa?" soal Nia

"pukul 8 malamlah, sejuk sikit" Jawab Michell

"ok boleh, nanti saya datang rumah awak tau!" kata Nia


Michell hanya menganggukkan kepala tanda faham dan bibir merahnya itu mengukirkan senyuman sinis. Setelah berbual dengan Michell, Nia pun beredar ke tempat duduk lain untuk menjamu selera. Pelajar disitu memang segan untuk duduk dengan Michell kerana dia terlalu perfect sehingga buatkan orang yang ingin rapat dengannya merasa rendah diri. Namun Nia tidak begitu, baginya Michell sangat baik dan ramah.


"I'm alone again, oh well.. never mind" bisik hati Michell.


Michell berhenti membaca buku nota kimianya dan matanya beralih kepada Nia yang duduk tidak jauh dari mejanya.


HEART LOVERजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें