➹ s

109 13 5
                                    


Suasana Incheon Airport itu dikerumuni dengan beberapa wartawan dan ramai peminat yang berasak-asak menunggu kepulangan kumpulan lelaki popular bernama Bangtan Soyeondan atau lebih dikenali sebagai BTS. Setelah tiga hari menjalani tour di Paris, akhirnya mereka balik ke tanah air.

Sorakkan daripada para peminat makin meriuhkan lagi suasana tatkala melihat ahli Bangtan muncul. Seperti biasa fanchat yang sudah menjadi kebiasaan untuk peminat meraihkan ahli Bangtan dengan menyebut nama mereka satu persatu.

"Kim Namjoon!"

"Kim Seokjin!"

"Min Yoongi!"

"Jung Hoseok!"

"Park Jimin!"

"Kim Taehyung!"

"Jeon Jungkook!"

"BTS!"

Kesemua ahli Bangtan menyapa dengan memberi lambaian dan senyuman kepada peminat mereka. Setelah beberapa minit, Bangtan meminta diri untuk beredar. Para pengawal menjalani tugas dengan memastikan keselamatan kumpulan lelaki itu terjamin. Selesai kesemuanya masuk ke dalam kereta, kenderaan itu langsung berlalu pergi.

Ahli Bangtan mengambil peluang ini dengan merehatkan badan sementara sampai di bangunan utama mereka iaitu Hybe Company. Namjoon dan Yoongi melelapkan mata. Seokjin dan Hoseok sibuk berbual kosong manakala Taehyung dan Jimin menyambung aktiviti pemakanan mereka sejak dalam pesawat lagi.

Namun jauh di kedudukan yang paling belakang, kelihatan Jungkook bermain dengan telefon pintarnya. Wajahnya langsung tidak menunjukkan riak kepenatan ataupun lelah. Senyuman di bibirnya tidak lekang sambil jarinya menaip laju di atas papan kekunci skrin.


>3<♡

Rinduuu 💕

Jumpa nanti >3

•••




Random tag;

1997cm buvbletae jaefavours morkkgie pctrqchors sxmi_jk pctrqchors RYANNEZ- meluvtea salkyea skyevlette piqakookie_ taesarah_ taetannn_




Still With You •JJK• √Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt