𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 𝐏𝐘𝐒𝐂𝐇𝐎 ( 1 )

3.3K 94 20
                                    

Arin Mirza menghirup perlahan air kopi yang baru sahaja dibancuh olehnya sebentar tadi. Matanya ralit memandang ke arah skrin komputer dihadapannya sambil kepalanya cuba menganalisi sesuatu.

Tiada siapa yang mengetahui tentang pekerjaannya ketika ini kerana dia tidak pernah memberitahu kepada semua orang. Pelbagai pihak hanya tahu bahawa dia bekerja dibawah seseorang.

Orang hanya mengenalinya sebagai seorang tukang bersih disebuah syarikat ternama. Dia bekerja disitu hanya sekadar memerhati sahaja.

"Miss," tegur seseorang membuatkan perhatian Arin teralih.

"Markas kita sudah menerima senjata baharu. Cumanya..." kata-katanya terhenti sebentar sebelum dia menarik nafas panjang lalu menghembuskannya.

"Say it, Leo." ujar Arin tenang. Leo melutut di hadapannya membuatkan keningnya naik ke atas.

"Barang yang kita pesan, hanya separuh sahaja yang sampai. Separuh lagi senjata tersebut, hilang di dalam radar," ujarnya ketakutan.

BANG!!

Hampir putus nyawanya ketika merasakan sebutir peluru hampir sahaja terkena tepat dikepalanya membuatkan dia mengigil.

"Aku mahu kau tangkap yang terlibat!" arah Arin membuatkan Leo mengangguk patuh.

Baru sahaja lelaki itu ingin melangkah keluar, kakinya terhenti ketika terdengar suara majikannya itu.

"Suruh Mark dan Zaden sediakan kereta aku. Aku perlu kembali bekerja sebentar lagi," arahnya membuatkan Leo terus pergi menghilangkan diri.

Arin keluar daripada kereta mewahnya 1 KM dari syarikat kerana takut pekerja syarikat itu mengesyakinya.

Pakaiannya tidak usah dikatakan lagi, walaupun hanya memakai pakaian biasa tetapi harga disebalik pakaian tersebut boleh mencecah hampir RM 10,000.

Arin berjalan menuju ke sebuah cafe yang terdekat dengan syarikat itu tanpa sedar dirinya sedang diperhatikan.

"Arin Mirza binti Azfran Darwish." Sebuah senyuman dikeluarkan ketika menyebut nama tersebut.

"Dia sudah bekerja di bawah tuan selama 4 bulan sebagai seorang cleaner dan beliau juga telah bekerja di beberapa buah cafe mahal. Kemungkinan besar, kereta yang beliau guna adalah hasil dari duit titik peluh beliau sendiri," ujar seseorang di hadapannya.

"Anything else?" soalnya membuatkan lelaki itu mengeluh menggelengkan kepalanya.

"Setakat ini, ini sahaja maklumat yang kami peroleh. Selebihnya, kami tidak dapat cari. Rekod jenayah adalah bersih," lapornya membuatkan lelaki itu menganggukkan kepalanya.

Sementara di tempat Arin, gadis itu sudah lama perasan akan kehadiran sebuah kereta yang sedari tadi mengekorinya. Dia tidak kisah tentang mereka kerana data pribadi dia dilindungi dengan sistem pribadinya.

Arin berjalan masuk ke syarikat tersebut tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Secara tidak sengaja, air coffeenya tiba-tiba sahaja tertumpah di atas baju seseorang membuatnya terkejut.

Matanya membulat ketika melihat gerangan manusia yang ia langgar sebelum dia meminta maaf kepada lelaki itu.

"Maafkan saya," ujar sopan serta sebersalah tetapi tiada sebarang reaksi dari lelaki itu.

"Follow me," arah lelaki itu membuatkan Arin akur mengikut belakang lelaki itu.

'Kalau bukan disebabkan kau bos aku, tak ada masa aku nak ikut arahan kau!' desisnya berdongkol geram sambil kaki melangkah mengikut majikannya.

Sesampainya mereka disebuah bilik, Arin berdiri sahaja memandang ke arah majikannya. Dia melihat majikannya itu santai membuka vase baju sehinggakan hanya meninggalkan kemeja berwarna putih.

"Ada apa bos panggil saya?" soalnya sopan. Takut pula kalau ganas, kena halau.

"Aku nak kau kahwin dengan aku," ujarnya beku membuatkan Arin tersedak.

Uhuk! Gila!

"Bos, demam ke? Bos sakit jiwa ke sebab bos nampak gila sekarang ni," ujarnya terkejut membuatkan lelaki itu tersenyum sinis.

"Aku nak kau kahwin dengan aku. Sampai tiba masa umur kau matang, kita berpisah. Ini arahan dari aku. Aku buat benda ni bersebab, kalau tidak disebabkan oleh mummy aku yang paksa aku untuk berkahwin dengan perempuan pilihan dia sebelum ni, aku tak akan ajak kau kahwin,"

"Kau patut bersyukur yang aku ajak kau kahwin sebab beratur perempuan di luar sana yang ingin berkahwin dengan aku," ujarnya bernada bangga membuatkan Arin rasa loya tekaknya.

Kalau diikutkan, memang ramai anak gadis, serta makcik-makcik di luar sana yang menginginkan lelaki ini menjadi menantu serta suami pilihan tetapi lelaki ini dengan selamba sahaja mengarahkannya untuk berkahwin? Gila ke apa!

"Sedap sahaja mulut bos berkata seperti itu. Apa bos fikir, bos adalah majikan saya, bos boleh mengarahkan saya begitu sahaja? Ini soal kahwin bos. Saya masih ada maruah serta nama keluarga untuk di jaga. Daripada saya berkahwin dengan bos, lebih baik saya berkahwin dengan anak teruna jiran atok saya. Ada bagusnya juga," ujar Arin mula perlahan ketika berkata tentang 'anak jiran atoknya' kerana dia sedar, hawa di sekelilingnya tiba-tiba sahaja berubah menjadi lebih sejuk.

Hati lelaki itu tiba-tiba sahaja berapi ketika mendengar nama lelaki lain di mulut gadis itu.

"Aku tak kira! Hujung minggu ini siap sedia untuk terima rombongan meminang aku." Tegasnya membuatkan Arin terdiam.

Lelaki itu melangkah ke arah Arin yang masih berdiri di hadapannya sebelum membisikkan sesuatu di telinga gadis itu.

"I'm Daniel Mikael. Aku tak akan lepaskan sesuatu bila sudah menjadi sasaran," bisiknya membuatkan Arin berjalan pergi dengan perasaan sebal di hati.

'Comel,' desisnya tanpa sedar sebelum dia menggelengkan kepalanya ketika menyedari kata hatinya itu.

"Kau kenapa, Daniel Mikael? Kau dah gila ke apa!" gumamnya sendiri.

Langkah kakinya mula kembali ke arah tempat duduknya sebelum matanya kembali melihat seorang gadis yang mula berjalan pergi meninggalkan biliknya.

Dia tersenyum sinis "Arin Mirza, kau menarik perhatian aku," ujarnya sebelum kembali menyambung kerjanya apabila bayangan gadis itu mula tidak kelihatan.

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 𝐏𝐘𝐒𝐂𝐇𝐎 [ EDITING ]Where stories live. Discover now