01

314 14 47
                                    


cerita ni hanyalah cerita main2 saja, jadi In sha Allah lepas busy nanti unpublish balik cerita ni









''Nana Mardhiah! Dah kali ke berapa awak buat masalah kat sekolah? Tak serik-serik lagi ke hah?!'' Jeritan padu milik pengawas lelaki itu mengejutkan Nana yang sedang asyik mengukir grafiti pada dinding sekolah. Segera pelajar perempuan yang bernama Nana itu mempersiapkan diri untuk melarikan diri apabila kesalahannya telah dikesan oleh pengawas tadi.

''Alamak alamak nasi lemak!'' Melatah pula Nana dibuatnya dek kekalutan ya amat. Beg yang berisi marker pen dan cat disandang, ingin melepaskan diri dari zon bahaya itu.

Pengawas lelaki yang tertera jelas perkataan 'Taufan' pada nametagnya terus mengejar jejak langkah Nana selepas melihat pelajar perempuan itu seakan mahu cabut dari situ.

''Tunggu weh!! Jangan lari!!''

''Weekkk!! Kejarlah kalau dapat!'' Nana tertawa riang sambil menjelirkan lidahnya tanda mengejek pada pengawas yang sedang mengekori langkah lajunya itu. Urat kemarahan mula timbul pada wajah acah tampan milik Taufan, menandakan dia tersangatlah geram dengan perbuatan Nana yang seakan tidak bersalah setelah merosakkan harta milik sekolah.

Seulas senyuman terbit pada bibir Nana. Dengan terujanya, dia mula berlari kehadapan mencari tempat selamat untuk dijadikan lokasi persembunyiannya. Namun, apabila ditolehnya ke kiri mahupun ke kanan, tiada jalan lagilah nampaknya untuk dia menyembunyikan diri. Alamak, plan A gagal! 

''Heh, plan B kan ada~?'' ujar Nana yang mula menyedapkan hati lalu merangka plan seterusnya pula. Sekali lagi, dia tersenyum sinis apabila melihat ada pelajar perempuan dan pelajar lelaki dihadapan yang sedang sibuk berbual sehingga tidak menyedari kehadiran dirinya.


Tap! Tap!


''Sorry Fiqa!'' ucap Nana lantas sengaja melanggar badan Fiqa dan Gempa yang tadinya sibuk berkata-kata yang isinya author pun tak tahu sehingga mengakibatkan badan mereka berdua hilang keseimbangandan akhirnya terjatuh.


''Adoii punggung aku!!''

''Astaghfirullah!''


Membulat besarlah mata Taufan tatkala melihat sahabat baiknya bersama seorang gadis yang bernama 'Fiqa' itu bergolek-golek macam nangka busuk. Wajah tidak bersalah Nana itu dipandang tajam.

''Kejarlah encik abang oii~!!'' perli Nana, mengangkat kedua belah keningnya.

Deruan nafas berat keluar dari mulut Taufan. Dengan geramnya, dia mengambil batang paip yang entah dari mana dia dapat lalu menghalakan batang itu kepada Nana.

Nana tergelak kecil lalu kembali melanjutkan lariannya tadi.


''This is fun! HAHAHAHAHAHH!!''


''SINI HANG !! AKU BALING BATANG PAIP NI TEPAT KENA KEPALA HANG  SAT!!''


Maka, sesi kejar-mengejar itu pun bermula.









Fiqa is Rafiqah07 owkey? maap hambar, nanti unpub balik


bad girl [ taufanxOC ] ✓Where stories live. Discover now