Bab 1

16 0 0
                                    

Hembusan angin petang menjengah ke wajah gadis yang licin tanpa secalit make-up itu. Jemari nya yang halus berwarna kuning langsat pantas menahan shawl labuh yang menutupi dada. Shawlnya hampir terselak diterpa angin pantai Terengganu yang sedikit kencang.
Di hadapan gadis itu berdirinya sepasang suami isteri. Mereka kelihatan sibuk bergaya di hadapan kamera. Sekejap mendepakan tangan,sekejap berpelukan.

Tidak semena mena gadis itu mengulum senyum. Satu perasaan hangat menghurungi diri. Dia bahagia melihat kebahagiaan rumah tangga suami isteri tersebut biarpun tidak dikenalinya.

"Dah siap ke termenung tu?" Ujar satu sapaan membuat bahu gadis itu terhinjut kecil. Dia mengalih pandang ke kiri. Ke arah suara tadi. Terjengul kepala rakannya yang bulat bersama sengehan yang sangat menjengjelkan. Kening gadis itu berkerut ke bawah.

"Eish kau ni!" Satu tamparan hinggap ke bahu rakannya yang telah mengaduh sakit diiringi tawa. Gadis itu hanya menjeling lalu memandang ke hadapan. Menyembunyikan senyuman kecil nya. Lucu mengenangkan sengehan rakannya tadi.

"Mujur aku takde sakit jantung. Kalau aku mati aku kacau 7 keturunan kau!" Ugut gadis itu menjegilkan mata seraya mendekatkan wajah ke arah rakannya. Kepala rakannya serentak terlajak ke belakang.

"Ada2 aje lah kau ni" Ujar rakannya menghadiahkan jelingan juga. Mereka mula membetulkan duduk. Menyelesakan diri mereka di atas tikar yang baru sahaja dibeli tadi di gerai2 berdekatan pantai ini. Bagi gadis itu..dia sekadar memberi ruang untuk rakannya duduk dengan selesa kerana rakannya baru sahaja menghenyakkan punggung. Walhal gadis itu sejak tadi hanya mengelamun di atas tikar. Al maklumlah..tubuh badan rakannya 2 kali tubuh badan gadis kecil comel molek ini.

"Nah" Pisang goreng yang masih rangup dan hangat itu dihulur selamba. Namun,tiada sambutan yang diberikan. Rakannya muka menatap wajah gadis itu dengan kehairanan. Sepasang matanya cuba melirik melihat apa yang asyik ditatap oleh gadis halus itu sedari tadi.

"Oohh patutlah menung jauh.. ulat bulu dah naik daun rupanya" ejek rakan gadis itu dengan kuat diiringi tawa. Gadis yang asyik mengalamun tadi tergamam mendengar ejekan rakannya yang hampir memecahkan gegendang telinga. Cepat2 dia tekup mulut kawannya.

"Apa kau ni eeii merepek lah" gadis itu mendengus geram. Pipinya terasa membahang kerana perbuatannya telah terkantoi. 'Alah..bukannya buat benda terlarang pun' desis hati kecilnya.

Dia mula melepaskan tekupan setelah melihat rakannya benar2 reda daripada kekehan tawa. Puas dia bergelut dengan gadis halus itu hanya kerana untuk membuka tekupan pada mulutnya. Kecil2 cili padi betul.

"Tapi tu lah Sha aku pelik juga" Ujar rakannya masih cuba menyelesakan duduk dek pergelutan tadi. Plastik berisi pisang goreng tadi diletakkan di antara dia dengan Falisha. Falisha kalih pandang ke arah rakannya semula sambil memeluk lutut. Angin yang begitu laju menghempas wajahnya membuatkan sepasang mata itu terkedip2. Pedih . Dia terpaksa sepetkan mata menatap rakannya.

"Aku tengok kau macam dah nak buka hati balik je.. kenapa tak nak try?" Jelas rakannya setelah baru mendapat kedudukan yang selesa. Falisha tatap kosong wajah rakannya.

"Nak try apa? Tergantung ayat kau tu" Ujar Falisha dengan senyuman kecil. Tangannya naik menongkat siku pada lututnya. Dia buat begitu untuk menyokong kepala yang dah lenguh memaling ke kiri. Rakannya sepetkan mata.

"Yelah..kau faham2 lah maksud aku tu" Ucapnya meleret berasa jengkel soalan berbalas dengan soalan. Tercetus kekehan kecil daripada Falisha. Biarpun sengihan itu comel..dia tetap tidak akan cair. Nope!

"Aku malaslah nak cakap fasal ni..dah banyak kali aku bagitahu kau sebab dia" Ucap Falisha senada. Pandangan dia mula tertala ke arah lain setelah ditatap sungguh2 oleh rakannya yang sewel itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Don't Cry BabyWhere stories live. Discover now