Bulan

47 8 1
                                    

Angin malam bertiup perlahan. Hening.

Kepala didongakkan melihat langit dihiasi cahaya bulan dan bintang.

Dia suka bulan. Cantik. SubhanaAllah.

Mata terpejam seketika. Menghirup udara malam.

Tatkala dia membuka mata, ada figura manusia di sebelahnya.

Tersekat nafasnya. Terkejut. Dada diurut perlahan. Beristighfar. Ingatkan jin manalah menumpang dekat sebelah tadi.

Terletus tawa kecil orang disebelahnya.

"Terkejut ke, anta?" Amir tersengih.

"Terkejutlah juga. Tapi tak apa, dah biasa." Jawab Akmal bersahaja.

"Suka tengok bulan?" Amir melontarkan soalan.

"Mestilah suka. Cantik sangat." Akmal bertasbih perlahan.

Amir mengangguk. Matanya turut melihat bulan penuh yang terang bercahaya itu.

"Anta nak tahu tak?"

"Tahu apa?" Kening dijongket sebelah oleh Akmal.

"Ada yang lebih cantik daripada bulan yang anta tengok sekarang ni." Mata mereka berdua masih menatap bulan itu.

"Boleh percaya ke?" Tanya Akmal. Musykil. Takut kena tipu. Selalu Amir Firdaus ni suka kenakan dia.

"Betul. Takkan ana nak tipu." Amir menjawab tenang.

"Pernah dengar nama Jabir bin Samurah?"

Akmal menggeleng. Tapi macam pernah dengar.

"Sahabat Nabi?" Kepala ditoleh melihat Amir.

Amir mengangguk. "Ya."

"Ada satu malam, baginda Rasulullah ﷺ keluar berpakaian serba merah. Bulan malam tu cahayanya terang macam yang kita tengok sekarang."

"Tatkala Jabir bin Samurah melihat baginda. Dia bersumpah, jika dibezakan bulan itu dengan Rasulullah. Nescaya Nabi terlebih indah daripada bulan itu."

Bibir Akmal ikut berselawat tatkala nama Rasul yang mulia disebut.

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 56, "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya sentiasa berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

Dan ada juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi ﷺ bersabda, "Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku." [Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)]

"Pernah dengar qasidah Rindu Madinah tak? Lirik dia macam ni." Amir berdehem seketika.

"Di suatu malam bulan yang penuh cerah, baginda mengenakan pakaian serba merah. Lalu bersumpah, Jabir bin Samurah. Jika dibezakan Nabi terlebih indah." Merdu suara Amir pada telinga yang mendengarnya.

"Pernah. Selalu sangat dengar." Akmal menjawab pertanyaan Amir tadi.

"Jadi, ana nak bagitahu dekat sini. Secantik mana pun benda yang kita lihat, yang lebih indah adalah baginda Rasulullah. Cuba bayangkan, Nabi Yusuf alaihissalam pun sudah tampan. Apatah lagi baginda Rasulullah? Yang lebih indah daripada bulan."

"Baginda Rasulullah pun sudah indah, apatah lagi akhlaknya bukan?"

"Ya, betul."

Akmal bangun lalu menghampiri Amir. Bahu sahabatnya ditepuk perlahan.

"Syukran, ingatkan ana." Akmal menatap mata itu.

"Afwan, sahabat." Amir tersenyum.

Dalam masa yang sama, senyuman juga terbit dibibir Akmal.

Memandangkan hari makin larut malam. Dua sahabat itu masuk semula ke dalam rumah.




P/s - Qasidah Rindu Madinah ada dekat atas. Lirik qasidah yang dekat dialog pada masa ke 2:42 ✨

SECEBIS AKSARAWhere stories live. Discover now