Cerpen Garam

62 15 9
                                    

Nama aku Jebat. Aku hidup bersama dengan empat adik aku, Ayu, Yaya, Mila dan Fikri. Ibu bapa aku sudah meninggal dua tahun lalu. Jadi sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga mereka berempat. Sekarang, aku ini ialah ibu dan bapa bagi mereka. Aku dan adik beradik aku tinggal di rumah kayu. Rumah kampung biasa sahaja. Sebelum itu, umur aku 17 tahun. Jadi, aku bakal menghadapi Sijil Pembelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Aku mahu berusaha habis baik untuk SPM supaya aku boleh menyambung pelajaran dan mendapatkan kerja yang bagus bagi menyara hidup adik-adik aku.

Hari ini satu ramadan telah bermula. Bagi aku, satu ramadan membantu aku untuk menjimatkan duit makan. Aku hanya perlu membeli barang-barang dapur untuk berbuka sahaja. Juadah berbuka tu aku akan panaskan untuk sahur di keesokan harinya. Dalam menjimat ini, nanti boleh aku belikan baju raya untuk adik-adik aku. Insha Allah.

Adik-adik aku sedang bersiap nak pergi sekolah. Jadi aku yang harus urus semua persediaan sekolah mereka. Ayu sudah sekolah menengah. Manakala Yaya dan Mila masih bersekolah rendah. Fikri pula baru tiga tahun.

" Ayu, tolong siapkan Mila dan Yaya. Fikri dia berak pula, Abang nak tukar lampin dia ni." - aku meminta pertolongan adik aku, Ayu.

" Baik, abang." - jawab Ayu.

Ayu pun mengikat rambut Yaya dan kemudian tiba giliran Mila untuk diikat rambutnya. Kemudian, Ayu menyarung tudung untuk Yaya dan Mila. Aku pun sudah selesai menukar lampin baru Fikri. Semua sudah bersiap. Aku menghantar Fikri ke Mak Siah untuk menjaga Fikri sementara kami semua pergi ke sekolah. Setelah itu, kami pun bertolak ke perhentian bas yang berdekatan dengan rumah kami. Setelah sampai, kami pun menunggu untuk van sekolah tiba. Dalam lima minit, akhirnya van itu tiba. Kami pun bertolak ke sekolah.

********

Mak Siah menepuk-nepuk punggung Fikri untuk menidurkan Fikri yang sedang mengisap susu botolnya. Setelah 12 minit berlalu, Fikri pun tertidur. Mak Siah pun mengangkat Fikri dan meletakkan di atas katil perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan Fikri daripada tidur. Kemudian, Mak Siah mendengar orang memberi salam di luar rumah. Mak Siah pun pergi menjenguk.

" Assalamualaikum. Siah, siah, kau ada ke tu?" - terdengar suara dari luar rumah Mak Siah.

" Waalaikumussalam. Ouh Ani. Kenapa kau datang tiba-tiba rumah aku ni?" - tanya Mak Siah selepas membuka pintu rumahnya.

" Aku nak tanya kau, Siah. Hari ni, kau berbuka dekat masjid ke?" - tanya Ani.

" Ouh tak. Hari ni kan Ramadan pertama. Jadi, aku puasa dengan keluarga aku dulu. InshaAllah, esok aku puasa dekat masjid. Kenapa kau tanya." - jawab Mak Siah.

" Bukan apa, kalau kau pergi aku nak tumpang. Ehh, kau jaga lagi ke Fikri?" - tanya Ani lagi.

" Ya, aku jaga lagi Fikri. Kalau bukan aku yang jaga, siapa lagi nak jaga. Kesian Fikri tu. Dia tu anak yatim piatu." - jawab Mak Siah.

" Betulah tu. Kesian aku tengok mereka lima beradik. Lagi-lagi Si Jebat tu. Dia dah lah nak SPM. Bolehkah dia nak tumpu SPM? Nak jaga adik dia lagi." - kata Ani.

" Itu lah tu. Dia beritahu aku, balik sekolah je, dia terus pergi berniaga dekat pasar. Jual ikan. Kesian aku tengok tapi nak buat macam mana, keluarganya tak nak ambil tahu." - jelas Mak Siah.

" Diorang punya Mak Su tu memang tak ambil kisah eh. Apa lah nak jadi." - kata Ani dengan kecewa.

Tiba-tiba, terdengar bunyi Fikri menangis di dalam rumah. Mak Siah pun meminta untuk undur diri untuk menjenguk keadaan Fikri. Ani pun menyuruh Mak Siah pergi menjenguk kerana Ani pun sudah mahu pulang. Mak Siah pun pergi menjenguk Fikri dan rupanya Fikri menangis kerana dia terjaga dan melihat tiada sesiapa di rumah. Jadi, Fikri berasa takut.

Cerpen GaramOnde histórias criam vida. Descubra agora