tewas jua akhirnya

14.2K 58 5
                                    

" wah, tak sangka engkau lah Sop, boleh jadi menantu ustaz."
Tegur Majid pada kawannya, Yusof. Memang tidak sangka, kerana Yusof dengan kawan kawan nya yang lain lebih kurang sama sahaja. Hanya sebagai orang Islam, bolehlah sekadar sembahyang serta  mengaji sikit sikit. Lagi pula, siapa yang tidak kenal dengan ustaz Ngadan, orang nya yang sangat alim dan tegas. Jangankan untuk menjadi menantunya, mengusik anak anak gadisnya pun semua anak anak muda tidak berani.

Sebab itu perkhabaran tentang Yusof telah menjadi menantu ustaz Ngadan, sungguh menggemparkan di kalangan kawan kawan nya. Sebenarnya memang ramai para pemuda yang berkenan dan berminat dengan anak anak gadis ustaz Ngadan, bukan sahaja pandai agama, tetapi mereka juga cantik cantik belaka, walaupun berpurdah dan berjilbab. Tetapi bila sebut sahaja nama ustaz Ngadan, semua para pemuda telah menjadi kecut.

Tentang Yusof ini pula, semuanya bermula dari gara gara mak long Jenab dengan makcik Semah. Mereka yang ber ia ia benar untuk menjodohkan Yusof dengan Siti Syaidatul khotimah, anak gadis sulung ustaz Ngadan.
" Mak long jangan main main, nanti saya malu mak long."
Kata Yusof yang menolak cadangan mak long Jenab dan makcik Semah.
" Kenapa, takut tak di terima? Jangan takut Sop, makcik dengan mak long engkau yang jalankan. Lagi pun ini atas permintaan keluarga mereka, untuk mencarikan jodoh kepada anak gadis sulungnya. Itu."
Terang makcik Semah.

" Saya bukan tak nak makcik, tapi tengoklah saya ni macamana, bab agama ni memang kurang. Macamana nak menjadi menantu ustaz?"
Kata Yusof kepada makcik Semah.
" Ah! Itu jangan engkau fikirkan sangatlah Sop , engkau ikut saja perancangan kami."
Balas makcik Semah. Memang segala galanya berjalan dengan lancar, dan atas kehendak keluarga ustaz Ngadan, dengan alasan yang kurang jelas pernikahan telah di jalankan dengan mudah dan secepat itu juga.

Tidak ada tunang tunang, tidak perlu wang hantaran. Tidak perlu tunggu lama lama. Sanggup terima , serta ada mas kahwin sahaja, ketika itu juga  ijab kabul pun terus di jalankan. Ustaz Ngadan  sendiri yang menikahkan nya. Sebagai seorang anak yang baik, Yusof hanya  patuh dan menerima sahaja dengan kemahuan keluarga nya, yang telah menuruti sebagaimana kehendak dari keluarga ustaz Ngadan itu sendiri.

Setelah di ijab kabulkan, maka sah dan rasmi lah Yusof menjadi menantu ustaz Ngadan. Setelah daripada itu, jika sudi, yusof telah di pelawa untuk tinggal  bersama dengan keluarga mereka. Memandangkan kerana rumah ustaz Ngadan  pun memang cukup besar, serta mempunyai banyak bilik. Sedangkan penghuninya pula kini sudah tidak ramai.  Setelah tiga dari anaknya yang telah berkahwin, telah memiliki rumah sendiri dan berpindah ke rumah masing masing.

Berdebar debar juga Yusof ketika pertama kali dia tidur sebilik dan satu katil bersama dengan Siti Saidatul khotimah, isterinya itu. Terkebil kebil dia hanya melihat siling, ketika isterinya telah pun baring di sebelah nya. Sesekali Yusof ada juga mencuri curi pandang ke arah isterinya itu. Memang Siti Saidatul khotimah sangat cantik, memiliki wajah yang mirip  ke arab araban dengan matanya yang bundar serta hidungnya yang mancung.

" Kenapa bang."
Tegur Siti Saidatul khotimah, setelah mula perasaan dengan perbuatan Yusof yang mencuri curi pandang ke arah nya. Sungguh lembut sekali suara dia.
" Eeer, tak , tak ada apa apa."
Balas Yusof gugup.
" Siti kan dah jadi isteri abang, bukan setakat pandang, abang nak buat apa saja pun boleh."
Lanjut suara Siti Saidatul khotimah, yang membahasakan dirinya sebagai Siti sahaja.
" Aa, ya, ya."
Balas Yusof yang masih lagi dalam keadaan gugup.
" Kenapa bang, abang nampak macam takut aje?"
Soal Siti  sambil memerhati ke arah Yusof.
" Eh! Taaak."
Jawab Yusof yang cuba menyembunyikan  kegugupannya. Tiba tiba Siti  memegang tangan Yusof, yang telah membuat Yusof menjadi semakin gementar lagi.
" Kenapa bang?"
Soal Siti  yang perasan dengan perubahan yang berlaku pada diri Yusof itu.

Yusof tidak menjawab, dia hanya tersenyum senyum sambil memandang isterinya. Pada malam tersebut  Siti yang telah memulainya, manakala Yusof hanya sebagai seorang penurut sahaja. Dari cara dan gayanya, seolah olah Siti yang lebih tahu dan berpengalaman, walaupun di kenali hanya sebagai seorang anak gadis, jika hendak dibandingkan dengan Yusof. Bermula dari awal lagi, sehinggalah ke penghujung, Siti lah yang lebih mendominasi segala tindakan. Yusof tidak ubah seperti seorang pak turut pula yang hanya mengikuti sahaja segala arahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

tewas jua akhirnyaWhere stories live. Discover now