biras

4.4K 37 0
                                    

Kalut sungguh keluarga mertua Kamal. Semua adik adik iparnya memang bermasalah. Selesai dari seorang, seorang lagi  buat masalah. Begitulah seterusnya. Munik dengan isterinya, Sipah. Mohok dengan isterinya, Kirah. Midon dengan isterinya, Nini. Melan dengan isterinya, Dina. Hampir setiap hari mereka suami isteri  ini asyik bergaduh. Macam anjing dengan kucing, pantang bertemu. Ada ada sahaja perkara yang menjadi punca pertengkaran di antara mereka.

Adakalanya hanya perkara yang remeh temeh. Tetapi itulah, perkara yang telah tersimpan lama. Sesabar sabar manusia pun akan hilang kesabaran nya, bila setiap sesuatu itu sudah keterlaluan.Adik adik iparnya pun memang melampau, mereka langsung tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Semua urusan rumah tangga mereka pun masih bergantung kepada ibu mereka.

Mentang mentang lah mereka semua anak lelaki, punya hak dan kuasa dalam keluarga. Jadi mereka guna kuasa dan hak mereka dengan suatu yang tidak wajar. Semua perkara mereka mengharap ibu mereka yang akan membantu dari hasil kebun yang tidak seberapa itu. Dari tempat tinggal hinggalah makan pakai mereka, semua ibu mereka yang kena tanggung. Masalahnya, mereka semua sudah berkeluarga, sudah ada isteri dan sudah pun punya anak, walaupun sekurang kurangnya hanya seorang.

" Kalau bukan kami anak anak yang mewarisi harta ayah, siapa lagi?"
Itulah diantara kata kata mereka, bila  ditegur.
" Suka hatilah, harta ayah kami, macamana kami nak guna, terpulanglah kepada kami."
Sahut yang lain pula. Mujurlah ada tanah peninggalan ayah mereka yang berupa kebun getah enam ekar, kebun sawit enam ekar, tanah dusun tiga ekar, serta tapak rumah tempat semua mereka tinggal itu tiga ekar. Itulah buat sandaran hidup untuk semua ahli keluarga mereka, kecuali Gayah, isteri Kamal. Walaupun Gayah anak sulung, tetapi dia perempuan. Kuasa dan suara nya terhad, tidak ada sesiapa pun yang mahu mendengar, apa lagi untuk mematuhinya.

Kamal pula hanya sebagai menantu, lagilah tidak ada suara, inikan pula kuasa, jauh jauh sekali. Pernah juga dia bersuara untuk memberi pendapat, tetapi mereka tidak mahu menerima nya. Malah dia pula yang di peringatkan.
" Orang luar jangan sibuk, jangan campur urusan keluarga kami."
Kata kata Midon, yang Kamal teringat ingat sampai sekarang.

Hasil hasil kebun mereka yang ambil, tetapi kerja kerja kebun, ibu mereka pula yang uruskan. Hendak dikatakan mereka ini pemalas, tidak juga. Sebab jika melibatkan perkara perkara yang mereka suka dan minat, mereka sangat rajin. Walaupun tidak memberi sebarang berfaedah. Tetapi kerja kerja kebun yang tidak seberapa itu pun di upah kan kepada orang lain. Mereka tetap lebih mengutamakan kerja kerja yang sia sia dan tidak berfaedah itu juga.

Namun dalam kekecohan dan kekalutan keluarga mereka, sebenarnya ada keuntungan juga kepada Kamal yang orang lain tidak tahu. Tidak ada sesiapa pun yang akan menyangka, bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan isteri isteri adik iparnya. Ada yang terjadi kerana hanya kebetulan, dan ada pula yang berlaku kerana memang dirancang.

" Sudahlah tu jangan menangis lagi."
Pujuk Kamal pada Kirah,  birasnya itu. Bersungguh sungguh benar dia menangis, hingga Kamal datang mendakap nya, selepas berlakunya pertengkaran dengan suaminya Mohok. Kamal berani datang pun setelah Mohok pergi. Entah mengapa, petang tersebut kawasan perumahan mereka sepi. Tidak ada seorang pun yang datang menjengah, ketika mendengar pertengkaran mereka itu.

Kamal memapah Kirah, lalu mendudukan nya di atas kusyen panjang yang berhampiran. Dia mendakap, sambil mengusap usap belakang tubuh Kirah yang sedang terkapuk di dadanya itu. Walaupun tangisan Kirah sudah reda, tetapi dia masih lagi teresak esak dan tersedu sedu. Entah bagaimana, dalam dia mendakap dan mengusap usap tubuh dan rambut, Kamal turut juga mengucup kepala Kirah. Dilakukan nya berulang ulang. Hinggalah, Kirah menjadi tenang.

Lama juga mereka dalam keadaan seperti itu, tangisan, esakan dan sedu sedan sudah tidak kedengaran lagi. Namun Kirah masih lagi terkapuk di dada Kamal. Sepertinya dia begitu selesa berada dalam dakapan Kamal. Mungkin kerana lama mereka dalam keadaan bersentuhan dan berdakapan, ianya telah menimbulkan sesuatu seperti luapan perasaan dalam diri Kamal. Lalu tanpa berfikir lagi dia pun terus mencium pipi Kirah. Tetapi yang hairannya, Kirah hanya mendiamkan diri, dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi dengan tindakan Kamal itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

birasWhere stories live. Discover now