Bab 1

3 0 0
                                    

"Evelyn, bangun sayang" kata bonda sambil mengetuk pintu bilikku untuk mengejutkan ku daripada tidur.

Ya. Itulah namaku, Evelyn Helena.Nama yang diberi oleh Bonda dan Ayahda kepadaku.

"Baik bonda" kataku sambil menahan kantuk.

Yeah aku ini 'kaki kdrama'. Semalam aku menghabiskan kdrama yang berada di dalam listku. Hal itu menyebabkan aku bangun sedikit lewat daripada hari kebiasaannya.

Aku melihat jam yang diletakkan di atas nightstand yang bersebelahan dengan katilku.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Aku segera bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.Setelah memastikan aku lengkap berpakaian, aku mencapai telekung yang tersidai di penyangkut di penjuru bilik.

Aku segera bergegas ke surau mini yang terletak di tingkat satu untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama ahli keluarga yang lain.

"Hah lambat" kata abangku yang kedua atau dipanggil sebagai Angah.

"Lambat sikit je pun" kataku kepada angah.

"Haa menjawab" Kata angah sambil menatapku dengan tajam.

"Dah sudah, jangan bergaduh." kata ayah yang menghentikan Perbalahan kecil diantara aku dan angah sebentar tadi.

Setelah menunaikan solat subuh secara berjemaah. Aku memasuki bilik tidurku dan menggantung telekung di tempat yang sepatutnya.

Aku mengemas katilku dan memasukkan baju yang telah dipakai ke dalam bakul untuk dicuci.

Kemudian, aku mengemas meja belajarku yang dipenuhi dengan timbunan buku-buku. Aku mengeluarkan buku latihanku untuk mengerjakan tugas yang telah diberikan oleh guru matapelajaran.

Apabila jam telah menunjukkan pukul 8 pagi, aku membuka tirai bilikku untuk membernarkan cahaya menerangi bilikku. Aku membuka pintu sliding yang terdapat di hadapanku.

"Arghh segarnya" kataku sambil menghirup udara segar di pagi hari.

Tok!

Tok!

Tok!

'Evelyn, turun sarapan" Panggil Alongku untuk mengajakku turun sarapan.

"sekejap" kataku sambil mengemas buk-buku latihanku yang terdapat di atas meja.

Aku segera menuruni tangga untuk ke dapur supaya ahli keluargaku yang lain tidak menunggu lama.

Selepas sarapan, aku menolong bonda mengemas meja makan dan mendaki tangga untuk ke bilikku. Aku memilih buku- buku yang tersusun di rak. Setelah memilih, aku menuju ke balkoni bilikku dan melabuhkan punggung di atas kerusi yang telah disediakan sambil membaca buku yang telah dipilih.

"Arghh bosannya" kataku sambil mengeliat. Tiba-tiba aku mendengar bunyi kucing mengiau. Aku mencari-cari arah bunyi tersebut datang dan mendapati bunyi tersebut datang daripada rumah jiranku.

Kucing tersebut berada di dalam dukungan tuannya.Mataku terbuntang apabila nelihat seorang lelaki sedang menggendong kucing.

"OMG, dia nampak ke aku mengeliat tadi?" aku bermonolog di dalam hati.

"Berapa lama awak berdiri di situ?" soalku kepadanya

"Lamalah jugak dan aku sempat tengok kau mengeliat tadi" katanya sambil menahan gelak.







Cleo EvelynWhere stories live. Discover now