1 | DARAH DAN PUISI

695 47 8
                                    

'Shall grief's bitter cold sadness consume me, like a winter storm on the vast angry sea?

How can I fill the void and deep desperate need. To replant my heart with hope's lovely seed?'

Mata pena menari-nari di permukaan kertas putih. Seorang lelaki kelihatan leka mengarang puisi sambil menyilangkan kaki. Hujan masih lagi merintis di luar gudang perlabuhan. Air laut berombak deras dek deruan angin yang kencang. Edward menongkat pipi dengan sebelah tangan. Lirikan matanya beralih ke depan.

Di hadapannya, kelihatan seorang lelaki berambut kelabu. Tangannya diikat dengan rantai besi dan keadaannya parah. Darah pekat membasahi wajah dan dadanya. Dengusan nafasnya kedengaran tersekat-sekat, bagaikan dia sedang bertarung dengan maut. Kesan-kesan lebam tampak membiru di sekitar kulitnya.

"Boss, he doesn't know where's the cargo."

Orang kanannya dengan tubuh seakan ahli gusti berkata dengan nada mendatar. Edward hanya berdiam diri. Pandangannya tertacap tajam pada sang lelaki malang di hadapannya itu. Langsung tiada secebis pun emosi terpapar di wajahnya.

"Please, please... Aku langsung tak tahu di mana kargo tu berada. Aku sudah cuba yang terbaik... Please, let me go..."

Lelaki tersebut cuba merayu dengan nada suara serak. Setiap kali dia bercakap, titisan darah pekat mengalir dari bibirnya. Edward meletak nota kecilnya ke dalam poket sut. Kesemua ahli BlackHeart yang lain melemparkan pandangan dingin apabila si lelaki bersut hitam mengangkat punggung dari kerusi plastik.

Derapan tapak kasut kulit kedengaran bergema apabila Edward melangkah ke depan. Si lelaki yang diikat tangannya itu menundukkan kepala apabila Edward meninggung di hadapannya. Helaian rambut lelaki tersebut yang menutup dahi, Edward sisirkan ke sisi. Mata birunya tidak terlepas dari terus menatap lelaki tersebut.

"Siapa nama kau tadi?"

Edward menyoal dengan nada mendatar. Si lelaki malang tersebut mendongak. Mereka bertentang mata untuk seketika. Melihat wajah Edward yang beku membuatkan Joseph kembali menundukkan kepala.

"J-Joseph, Sir..."

"Baiklah, Joseph. Aku tahu kau sudah cuba yang terbaik untuk dapatkan kargo tu semula. But, the rule is still a rule. Jika organisasi ini tiada undang-undang, kita tiada bezanya dengan binatang. Aku tak boleh berikan muka pada kau. Apa pandangan anak buah aku yang lain jika kau terlepas dari hukuman? Kau sendiri tahu risikonya jika kau gagal dengan tugas kali ini, bukan?"

"But, do listen to me first. Aku sudah dapat jejak lokasi kargo tu. It's just... The cargo wasn't there. They tricked me. Sir, please..."

Ahli-ahli BlackHeart yang lain tertawa kecil mendengar alasan Joseph. Edward mengusap perlahan rambut lelaki malang tersebut ke belakang. Tatapan mata birunya langsung tidak beralih dari terus memerhati wajah lelaki malang tersebut. Wajahnya tetap kaku, bagaikan anak patung.

"That cargo worth about 1.5 millions, Joseph. Jika kau mahu lepaskan diri, kau perlu bayar harga tu. Kredibiliti BlackHeart berada di tangan kau sekarang. Boleh kau bertanggungjawab?"

"I will, Sir! I will! Aku akan dapatkan duit tu! Just let me live! Aku ada anak dan isteri! They need me!"

Kali ini, tanpa diduga, Edward menyimpulkan senyuman kelat. Joseph memaparkan muka gelisah melihat senyuman sang lelaki bersut hitam tersebut. Ahli-ahli BlackHeart yang lain hanya memerhati sambil berpeluk tubuh. Langsung tidak bersuara. Edward bangun dari meninggung.

"Good then. Masih ada orang yang akan meratap pemergian kau. Goslow."

Edward memanggil si lelaki bertubuh sasa tadi. Goslow mengangguk apabila Edward melirikkan pandangan bermakna. Joseph mulai membentak apabila Edward melangkah pergi dari situ.

"Sir! Berikan aku peluang! I'll pay the money! Just give me a chance! Sir! Just ONE LAST CHANCE!"

Goslow mencekak rambut Joseph dengan sebelah tangan. Si lelaki berambut kelabu mengalirkan air mata apabila sepucuk revolver dihalakan ke halkumnya. Seluar jeans yang dipakainya sudah basah dek air kencing. Sekarang, Joseph sedar bahawa maut sedang menanti.

"W-Wait! JUST GIVE ME A-"

BLAMMMMM!

Bunyi tembakan bergema di ruangan gudang perlabuhan. Joseph terjatuh ke lantai berdebu. Darah pekat membuak-buak keluar dari batang lehernya. Matanya terbeliak ke atas menahan seksa nyawanya dicabut. Tubuhnya mengelepar bagaikan ikan naik ke darat. Goslow memberi isyarat kepada ahli-ahli BlackHeart yang lain supaya menghumban mayat Joseph ke laut.

Edward melangkah keluar dari ruang gudang sambil menggeleng kepala. Kedatangannya disambut seorang gadis berambut kuning keemasan. Curahan hujan kian lebat membasahi bumi. Naida bingkas memayungi tubuh Edward dengan payung hitam.

Mereka berdua berjalan ke sebuah Bentley hitam. Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam ruang kereta, Edward mengeluarkan semula nota kecilnya dari poket sut. Si gadis berbangsa Rusia mengelap tubuhnya yang basah dek air hujan dengan kain putih.

"Macam mana? Did he know where's the cargo?"

Naida menyoal dikala Bentley hitam bergerak keluar dari kawasan perlabuhan. Edward menyelak helaian nota kecilnya tanpa mengendahkan soalan dari Naida.

"Sir?"

"No. But, not to worry. Aku sudah serahkan tugas ini kepada Goslow. He is the best in his class. Kita akan dapatkan semula kargo tu."

"Tuan mahu saya beritahu perkara ni pada Tuan Bruce? He kept asking me about this."

"No need, Naida. Aku akan uruskan perkara ni. Ada apa-apa perkara baru yang Charles patut beritahu aku?"

Edward membalas soalan dengan soalan. Naida bingkas mengeluarkan smartphone miliknya dari beg tangan. Segala maklumat yang Edward pinta sebentar tadi, dia periksa teliti.

"Urhm, nothing interesting really. Charles beritahu kelab Jewel Lotus ada tiga produk baru yang masuk. Dua orang gadis berbangsa Cina dan seorang gadis berbangsa Jepun."

"Seorang gadis berbangsa Jepun? Mind to check her info for me?"

Edward meminta lagi. Kali ini dia tampak berminat dengan maklumat gadis tersebut. Naida menyerahkan smartphone miliknya kepada Edward. Butir peribadi si gadis berbangsa Jepun yang baru masuk ke Jewel Lotus, Edward belek seketika.

"Urm... Tuan kenal siapa gadis ni?"

Naida menyoal pelik melihat Edward mengukirkan senyuman sambil mengusap dagunya dengan sebelah tangan. Smartphone tadi kembali diserahkan kepada Naida. Gadis itu pantas menyambut.

"Maybe? But, I want to confirm this girl by myself. Tempahkan aku tempat duduk di kelab Jewel Lotus. Aku mahu berjumpa dengan dia."

"Okay."

Naida mengangguk mendengar arahan dari majikannya. Bentley hitam meluncur laju meredah jalanraya yang lengang. Edward kembali menulis puisi di nota kecilnya sambil tersenyum.

'Shall I wither and fall like an autumn leaf, from this deep sorrow - from this painful grief?

How can I go on or find a way to be strong? Will I ever again enjoy life's sweet song?

Sometimes a warm memory sheds light in the dark. And eases the pain like the song of a Meadow Lark.

Then it flits away on silent wings and I'm alone; Hungering for more of the light it had shone.'


KING VOL.1 (PREORDER OPEN BATCH 2)Where stories live. Discover now