Seruan Yang Pasti

4 0 0
                                    

Langit biru tidak lagi seindah dulu,
Angin bayu mula merasa bahang,
Jika benar Ia menjemput ku,
Ada bagusnya jika terus begini,
Kerana ianya pasti dan tidak lari,

Mata yang lesu ini memandang jauh,
Melihat wajah-Nya di sekeliling,
Terasa asyik terkenang akan-Nya,
Benar kata mereka cinta itu buta,
Kerana aku tidak kesah lagi di alam ini,

Ada permulaan pasti ada pengakhiran,
Mengapa tidak diteruskan,
Tidak semua yang memahami konsep kehidupan,
Kerana kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan,

-Yang penting itu pasti-

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Sep 14, 2022 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

Seruan Yang PastiTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon