suatu kesempatan

2.6K 40 2
                                    

Pagi pagi lagi Man sudah mendapat panggilan telefon dari kak Rose isteri abang Napi, mengenai penghawa dingin di rumahnya yang telah rosak. Tetapi jika boleh Rose telah minta untuk Man datang pada waktu lepas kerja atau pada waktu malam sahaja, sebab pada waktu siangnya tidak ada sesiapa yang berada di rumah, kerana semuanya telah keluar berkerja. Memang sukar juga untuk Man melayani permintaan kak Rose ini, tetapi kerana sudah kenal biasa terpaksalah Man menyanggupinya juga. Jika orang lainlah yang meminta, memang Man akan terus menolaknya sahaja. Lagi pula dia hanya berkerja sendiri dengan seorang pembantu sahaja, sebab itu dia sentiasa sibuk dengan keadaan kerja yang juga tidak menentu. Namun begitu tidaklah sampai hingga ke malam.

Tetapi hari itu kerana sudah berjanji, Man tetap juga datang, walaupun hanya seorang diri. Hanya dia sampai pada selepas maghrib, kerana pada sebelah petangnya memang dia tidak sempat. Ketika itu hanya kereta kak Rose sahaja yang kelihatan di garaj.
" Abang Napi belum balik ke kak? "
Tanya Man, ketika melihat kak Rose yang keluar menyambut nya.
" Dia balik ke rumah isteri sana "
Balas kak Rose. Man pun terus masuk setelah di persilakan.
" Senyap aja, budak budak mana kak? "
Tanya Man.
" Ikut makciknya balik rumah neneknya kat kampung. "
Balas kak Rose. Kemudian mereka pun bercakap cakap sebentar sebelum kak Rose membawa Man untuk melihat penghawa dingin  tersebut yang berada di dalam bilik tidurnya di tingkat atas.

Setelah menunjukkan penghawa dingin yang berkenaan, kak Rose pun turun ke bawah semula, sementara untuk menunggu Man memperbaikinya. Lebih kurang setengah jam kemudian, Man pun turun setelah kerjanya selesai.
" Eh! dah siap. "
Tegur kak Rose dengan sedikit terperanjat, kerana ketika itu dia sedang khusyuk menonton televisyen.
" Duduk dululah Man, nanti akak buatkan air. Man minum air apa? "
Sambil kak Rose pun bangun lalu terus menuju ke dapur.
" Apa apa pun boleh kak."
Balas Man. Selepas itu tidak sampai lima belas minit kak Rose pun keluar dengan membawa dulang berisi satu  teko, dua cawan kosong dan sepiring biskut. Setelah menuang air kopi ke cawan, lalu kak Rose pun mempersilakan Man minum.

Sambil minum minum itu, mereka pun berbual bual. Kerana sudah biasa, rancak juga mereka berbual. Dari perkara perkara umum hinggalah sampai yang menyentuh perkara perkara peribadi.
" Man ini tak ingin nak kahwin ke? "
Tanya kak Rose mengusik. Man hanya tersenyum senyum mendengar pertanyaan kak Rose itu.
" Dah ada mak we? "
Tanya kak Rose lagi, sedangkan pertanyaan yang tadi pun belum di jawab. Man masih lagi tersenyum senyum, malah semakin meleret leretlah lagi senyumannya.
" Rugi kalau tak kahwin."
Sambung kak Rose, juga dalam keadaan tersenyum.

Mereka bersembang hingga menjelang tengah malam, sebelum Man minta diri untuk balik.
" Dah lewat malam ni Man, tidur sini sajalah. "
Pelawa kak Rose. Man pun seperti berbelah beleh untuk membuat keputusan. Melihat itu, kak Rose semakin beriya iya mempengaruhi Man untuk tidur sahaja di rumahnya. Hingga akhirnya Man menuruti juga pelawaan kak Rose itu. Lalu kak Rose pun memberinya bilik tetamu untuk dia gunakan. Setelah di kemaskan lapik tilam, serta di sediakan bantal dan kain selimut, kak Rose pun terus memyuruh Man untuk masuk tidur. Namun yang anehnya, dalam kak Rose memyuruh Man untuk masuk tidur, dia sendiri masih juga berada di dalam bilik tersebut.

Man yang merasa segan hanya duduk sahaja di tepi katil. Lalu kak Rose pun datang mendekat dan duduk di sebelahnya. Dia memandang ke arah Man sambil tersenyum, seperti ada sesuatu yang hendak di ucapkannya.
" Man,, kalau akak cakap, Man jangan terkejut ya? "
Kak Rose pun bersuara. Mana kala Man hanya memandang dengan berbagai tanda tanya. Menunggu apa yang akan Kak Rose suarakan. Namun dia telah menggantung percakapannya itu pula. Mereka hanya saling pandang memandang, sehingga lah kak Rose pun menyambung percakapannya.
" Man, kalau akak ajak Man tidur dengan akak hendak tak? "
Kata kata yang bukan hanya membuat Man terperanjat, tetapi  telah membuat jantungnya juga seolah olah turut terhenti.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 31, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

suatu kesempatan Where stories live. Discover now