Part 1 - Bermulanya Perancangan

6.2K 31 0
                                    


Hari ini telah pun masuk malam 10 akhir Ramadan. Suzi dan Watie sibuk menolong Puan Salmi menyediakan juadah berbuka puasa. Bau masakan memenuhi ruang dapur rumah itu. Masing-masing menelan air liur apabila bau itu memasuki rongga hidung. Tuan Jefri dan anak lelakinya Salim sudah menunggu di meja makan. Menunggu masa untuk berbuka puasa. Azan yang berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa dan solat maghrib. Tangan diangkat dan doa berbuka puasa dibaca oleh Tuan Jefri. Masing-masing menikmati hidangan dengan berselera.


"Daddy rasa malam ni kita semua dah boleh mula beriktikaf dekat Madrasah." tiba-tiba ketua keluarga itu bersuara. "Oh ya..Malam ni dah masuk 10 malam terakhir ya." sambung Puan Salmi. "Ermmm.. Adik ada exam esok mama. Malam ni nak kena stay late." kata Watie anak bongsu yang berumur 15 tahun.


"Ya. Abang pun sama Daddy. Esok kan dah start trial SPM" sambung Salim, anak kedua kepada pasangan Tuan Jefri dan Puan Salmi itu. "Ohh ya..Sorry! Daddy terlupa. Jadi, abang teman adik la kalau macam tu. Kakak boleh kan teman mama beriktikaf? tanya Tuan Jefri kepada anak sulungnya Suzi yang berusia 20 tahun". "Boleh je Daddy, nanti kakak temankan mama" kata Suzi sambil memeluk manja ibunya di sebelah.


Selesai berbuka , masing-masing bersiap untuk ke Madrasah bagi menunaikan solat tarawih."Suzi.. boleh ke berjalan ke Madrasah ni" tanya Tuan Jefri kepada anak sulungnya. "Ehh tak apa la Daddy. Dulu kan kakak berjalan kaki je pergi belajar mengaji dekat Madrasah tu. Lagipun berjalan ke Madrasah dapat pahala." jawab Suzi sambil tersenyum lebar.


Selesai solat Isyak dan Tarawih, Suzi mendengar sebentar ceramah yang disampaikan oleh Pak Itam tentang kebaikan bulan Ramadan, hikmah berpuasa dan macam-macam lagi. Habis sahaja ceramah, Suzi bersalobi dengan golongan wanita yang berada di dalam Madrasah. Ada beberapa jemaah sudah mulai meninggalkan perkarangan Madrasah. Ada juga yang ke lobi untuk menikmati hidangan moreh termasuklah Daddynya Tuan Jefri.. Ramai juga yang stay back untuk beriktikaf pada malam itu. Suzi memandang Puan Salmi yang sedang berbual dengan beberapa jemaah wanita.


Suzi menyarungkan seliparnya. Niat dihati ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Suasana di luar Madrasah itu meriah walaupun hujan mula turun dengan lebat. Tiba-tiba , ada yang mencuit pinggangnya. Suzi yang terkejut lalu menoleh ke belakang. "Ehhhh Akaaakk" Suzi tersenyum setelah mengetahui siapakah yang mencuit pinggangnya. "Suzi tengok apa tu. Ralit sangat akak tengok" tanya Dara. "Tak de lah. Seronok tengok suasana Madrasah ni meriah." jawab Suzi sambil tersengih kepada seniornya masa sekolah menengah dahulu.


"Patut lah.. hihi.. Ermm.. Suzi stay back ke tak malam ni? tanya Dara. "Ye kak. Suzi teman mama. Ni keluar nak pergi tandas kejap jer." jawab gadis itu. "Ohh kalau macam tu. Jom lah akak temankan. Actually akak nak masuk pejabat kejap. Nak ambil barang. Suzi boleh temankan akak? tanya Dara lagi. "Ehhh boleh akak. Jom lah.. Tak tahan sangat dah ni.. Pak Itam baca panjang sangat masa doa tadi. Hehe.." jawab Suzi lalu menarik tangan Dara bersama-sama berjalan menuju ke tandas.


Selesai menunaikan hajat, kedua mereka berjalan menuju ke arah pejabat Madrasah yang berada dalam Madrasah. "Sunyi je kak kawasan Madrasah" kata Suzi melihat keadaan sekeliling yang gelap. "Ya semua dekat luar tu. Tu yang meriah tadi." jawab Dara. Sampai sahaja di depan pintu pejabat Pak Itam. Kelihatan lampu bilik pejabat itu sudah menyala. Ketika Dara hendak membuka pintu menggunakan kunci tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.


"Ermm Suzi boleh tolong akak. Ambilkan beg laptop atas meja pejabat. Akak nak kena jawab telefon ni kejap" pinta Dara lalu menyerahkan kunci kepada Suzi. "Wokey" Jawab Suzi bersahaja. Lalu membuka pintu pejabat itu. Gadis itu melangkahkan kakinya menuju ke arah meja kerja di dalam ruang bilik itu.

Malam yang panjangWhere stories live. Discover now