bukan menipu tetapi tertipu

2K 31 5
                                    

Puas Arul mencari Amir, tetapi tidak berjumpa jumpa. Bila di cari di rumahnya, isterinya Niza kata, dia pergi kerja. Tetapi bila di cari di tempat kerjanya, kata taukehnya pula dia tidak masuk kerja. Sebenarnya main silap mata apa Amir ini, fikir Arul. Sudah lebih seminggu dia mencarinya, dari rumah sampai ke tempat kerja, bayangnya pun dia tidak jumpa. Kalau tidak  buat salah apa hendak takut. Buat apa hendak bersembunyi. Dulu tidak pula macan ini. Tidak payah cari  tiap tiap hari pun boleh jumpa. Hanya semenjak kebelakangan ini sahaja dia kelihatan seperti sangat sibuk, hingga sukar untuk di temui. Mengalahkan wakil rakyat yang sentiasa sibuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

Cari punya cari, akhirnya mereka bertemu juga.
" Hei Amir, mana engkau nak lari."
Jerit Arul ketika berselisih dengan Amir di tepi jalan yang menghala ke pekan.
" Apa yang engkau cakap ni, lari apa?"
Balas Amir yang dalam keadaan tertanya tanya.
" Dekat dua minggu aku cari engkau, baru ini dapat jumpa. "
Maklum Arul.
" Kenapa? "
Tanya Amir.
" Pasal bini aku tulah, tak ada apa apa pun sampai sekarang. Rasanya dah sepuluh kali engkau buat. "
Luah Arul.
" Habis, engkau tak percayalah dengan aku, anak aku dah empat Rul, belum lagi yang dalam perut tu. "
Balas Amir dengan bersungguh sungguhnya. Arul terdiam, memang dia mengakui dengan kata kata Amir itu.

Tetapi mustahil pula Limah yang mandul, kerana semasa dia mengahwininya, Limah ini janda anak dua. Arul kenal dengan arwah Mendan suaminya, Arul pun kenal siapa Limah ini. Jadi di mana silapnya.
" Habis macamana sekarang ni Mir?"
Luah Arul agak perlahan, sambil dia memandang Amir. Lalu Amir pun memandang Arul, mereka hanya saling berpandangan, tetapi masing masing tidak bersuara. Arul tidak tahu untuk bertanya apa lagi, dan Amir pula pun tidak tahu bagaimana untuk menjawanya. Pertemuan mereka pada hari itu tidak memberi sebarang jawapan atau pun penyelesaian. Mereka beredar dalam keadaan masalah dan persoalan yang masih tidak jelas dan tergantung gantung.

Hari itu Arul berhasrat untuk pergi ke rumah Amir, tetapi ketika hampir dengan rumahnya,  dia telah membatalkan niatnya itu. Dengan memperlahankan keretanya, lalu terus berhenti  di tepi jalan. Bila dari jauh dia melihat ada seorang lelaki yang baru keluar dari rumah Amir. Mulanya Arul sangka lelaki itu adalah Amir, apalagi bila melihat ada Niza yang bersama dengan nya. Tetapi setelah pasti lelaki itu bukanlah Amir, serta melihat keadaan Niza yang hanya berkemban sahaja itu,  dengan rambut yang terhurai dan tidak terurus, telah menjadikan Arul seperti pemasaran. Sebab itulah dia pun tidak jadi untuk menerus kan niatnya, lalu dia pun terus menghentikan keretanya di tepi jalan. Lagi pula kereta Amir pun tidak kelihatan, yang menunjuk kan bahawa dia memang tidak ada di rumah. Namun Arul tidak terus pergi, sebaliknya dia terus memerhati ke rumah Amir.

Sepertinya dia pernah melihat dan mengenali lelaki itu.
" Tetapi siapa ya, dan di mana? "
Bisik hati Arul. Tidak lama lelaki itu pun meninggalkan rumah Amir. Ketika berselisih dengan nya, barulah Arul kenal. Dia adalah Juki, adik ipar Amir,dan biras kepada Niza. Serta merta Arul menjadi tidak sedap hati dan mula timbul syak wasangka. Arul teringat dulu, dia dan Amir sama sama telah melangsungkan perkahwinan pada tahun yang sama. Hingga empat lima tahun  juga mereka sama sama tidak punya anak. Sehinggalah Amir mendapat adik ipar, Juki nama nya. Itupun menurut cerita dari orang orang kampung sebab terpaksa, kerana Noni adik Amir itu sebenarnya sudah pun mengandung. Dalam menunggu untuk dua tiga bulan lagi Noni melahirkan, tiba tiba terdengar khabar, bahawa Niza isteri Amir juga telah pun mengandung.

Tetapi ketika itu semua orang menganggap berita itu sebagai wajar dan biasa sahaja. Hingga termasuklah Arul sendiri, yang menganggap ianya sebagai rezeki kepada Amir. Namun yang menakjubkan, tidak sampai pun dua tahun sekali  Niza akan mengandung dan melahirkan. Hampir bersamaan dengan Noni adik iparnya. Itupun semua orang menganggapnya sebagai wajar dan biasa sahaja. Kini setelah Arul melihat apa yang berlaku, mungkin dia tahu punca sebenar dari segala kejadian yang telah menimpanya selama ini. Memang Amir tidak menipu, kerana dia sendiri pun tertipu.
Sebenarnya Amir juga sama sepertinya, mandol.
" Kalaulah, dia tahu hakikat sebenar yang terjadi, kalau tidak nazak mesti pengsan."
Bisik hati Arul. Kerana hilang segala kemegahan dan cakap besarnya selama ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 bukan menipu tetapi tertipuWhere stories live. Discover now