Cerpen

7 0 0
                                    

SAHABAT SELAMANYA

Adam Ilhan, pelajar Universiti Malaysia, mahir teknologi.

Bunyi burung menyanyi, langit biru yang diselimuti awan, matahari yang baru sahaja muncul dari arah timur menandakan waktu untuk bangun ke Universiti.

"Ilhan, bangun. Kelas pagi pukul 9. Prof.Mikail marah kalau lambat."

SH2, sahabat Ilhan semenjak dia mula melangkah ke alam remaja. SH2 ialah robot berambut jingga, bermata coklat cair yang merupakan pemberian serta hadiah terakhir ayahnya. SH2 merupakan satu satunya robot yang berjaya dihasilkan oleh ayahnya kerana "emosi" berjaya dimasukkan kedalam data SH2. SH2 berupaya memberi reaksi,berasa takut,sedih dan gembira membuatkan dirinya sama seperti manusia lain.

"Selamat pagi,SH2."

Ilhan memulakan rutin paginya sebelum mula bersiap untuk ke kelasnya. SH2 membasuh pinggan, melipat pakaian, mengemas rumah sementara Ilhan bersiap. Tubuh besi SH2 diliputi kulit persis kulit manusia namun sekadar kulit replika.

"Kau tau peraturan,kan? Jangan keluar dari bilik ni sebelum aku balik dari kelas."

"Tahu."

Ilhan meninggalkan biliknya dan mula berjalan kearah kelasnya. Ilhan mengambil course Computer Science. Computer Science ialah kajian tentang komputer dan sistem pengiraan. Tidak seperti jurutera elektrik dan komputer, saintis komputer kebanyakannya berurusan dengan perisian dan sistem perisian, ini termasuk teori, reka bentuk, pembangunan dan aplikasi mereka.

Kelas berjalan seperti biasa pada hari tersebut namun risau mula timbul apabila suara jeritan mula didengari dari luar kelas. Berkerumun pelajar apabila jeritan tersebut hinggap ditelinga mereka. Ilhan juga salah satu pelajar yang berkerumun. Badannya terasa dingin dan takut menyelubungi jiwa apabila matanya melihat kearah seorang lelaki sedang menikam seorang pelajar lain. Darah terpercik ke serata tempat. Ada yang menangis, ada yang menutup mata dan tidak lari mereka yang merakam. Ilhan sekadar berdiri disitu, terdiam. Pensyarah-pensyarah cuba untuk menghentikan lelaki tersebut namun gagal akibat diacukan senjata tersebut ke arah mereka.

"JANGAN SENTUH AKU!! SEMUA NI SALAH DIA!!"

Sekali lagi,dia menikam pelajar tersebut. Beberapa minit berlalu dan kemungkinan, akibat penat lelaki tersebut pengsan. Waktu itu, baru lah ada yang memanggil pihak berkaitan. Kes tersebut menjadi perbualan hangat satu universiti. 

"Kau dah dengar sebab dia bunuh lelaki tu?"

Ilhan sekadar geleng kepala apabila soalan itu terbit

"Lelaki tu kena buli oleh si mangsa. Bukan kau tak kenal si mangsa punya perangai. Ada sahaja yang dia tak puas hati lepastu kacau orang sekeliling."

"Jangan disebut-disebut pasal arwah."

"Tapi betulkan apa aku cakap? Itu semua kifarah agaknya."

Kes tersebut redah akibat hari sudah lompat menjadi minggu. Semenjak itu, makin banyak yang semakin takut. Bukan sebab dibuli secara fizikal tapi melalui talian. Bermacam jenis ugutan dilakukan. Teknologi membantu manusia dari pelbagai aspek,ya. Namun kesan negatifnya ramai tidak kesah. Hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan dan kes buli diatas talian semakin ramai. Entah kenapa semenjak pembunuhan tersebut berlaku,SH2 sudah tidak seperti dulu.

"SH2, kan aku suruh basuh pinggan."

Kata-kata Ilhan bagaikan mencurah air ke daun 

"SH2!!"

SH2 sekadar berjalan selamba kearah pintu. Ilhan segera menariknya masuk kembali

"Kau tu robot! Tak boleh biar orang lain nampak kau!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sahabat TeknologiWhere stories live. Discover now