Bab 2

17K 801 31
                                    

"Chef Boss!"

Izhan yang sedang melakukan plating di sebuah pinggan yang berisi chicken grill itu berpaling apabila mendengarkan panggilan itu.

"Table nine requests stupid fried rice by Chef Han," ujar kitchen crew yang bernama Danish itu.

Izhan mengerutkan dahi.

"Stupid fried rice?"

"Haah. Customer tu mintak nasi goreng bodo. Saya saja englishkan menu tu, Chef Boss. Nampak gempak sikit.." Danish sudah tayang sengih.

"Zarul datang ke?" Izhan meneka. Dia tahu sangat siapa yang selalu order makanan yang tiada dalam menu itu kalau bukan rakan karibnya.

"Haah, Chef Boss.. Encik Zarul datang. Lepastu dia mintak Chef Boss yang present makanan dekat dia," tambah Danish lagi.

Izhan hanya menggeleng perlahan. Sudah kenal sangat dengan perangai lelaki itu.

"Okay, bagi aku settle plating ni dulu," balas Izhan sambil mencapai satu bekas yang berisi asparagus.

"Farish, asparagus ni dah sauté kan?"

"Dah, Chef Boss!"

Izhan hanya mengangguk. Pandangan dihalakan semula ke arah Danish yang masih tercegat dihadapannya.

"Kau kenapa tercegat kat sini? Tak ada kerja ke?"

"Tak ada Chef Boss. Makanan semua dah present dekat customer. Tinggal chicken grill yang Chef Boss tengah plating ni je," jawab Danish sambil tersengih.

Izhan hanya mengangguk. Laju tangan menyiapkan kerja.

Setelah berpuas hati dengan plating yang dibuat, pinggan dihulurkan ke arah Danish yang setia menanti di hadapan kaunter.

"Nah, two chicken grill for table six.."

"Siap, Chef Boss!" ujar Danish sambil menyambut pinggan-pinggan itu. 

"Danish!"

Panggilan daripada majikannya itu membuatkan langkah Danish terhenti.

"Yes, Chef Boss?

"Kau dah maghrib ke belum?"

"Hee.. belum, Chef Boss." Danish sudah tayang gigi memandang ke arah Izhan.

"Lepas present order tu kau pergi magrib dulu," arah Izhan perlahan.

"Kerja kerja jugak, Tuhan jangan lupa," tambah Izhan lagi.

"Baik, Chef Boss.." balas Danish sambil tersenyum. Memang begitulah kebiasaannya. Walaupun lelaki itu tidak banyak cakap, tetapi lelaki itu sentiasa mengingatkan mereka tentang kewajipan yang satu itu. Chef Bossnya itu memang sangat menitikberatkan tentang solat. Kadang-kadang lelaki itu sendiri yang menawarkan diri untuk menghantar makanan ke meja pelanggan bagi memberi masa kitchen crewnya menunaikan solat.

Mereka semua menggelarnya Chef Boss kerana lelaki itu merupakan head chef dan juga adalah big boss di Han's Kitchen itu. Restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan barat itu telah dibuka oleh Chef Bossnya sejak empat tahun lalu di tengah bandar Subang Jaya itu.

Dia ingat lagi semasa dia memohon kerja di restoran ini, syarat yang pertama sekali diletakkan oleh majikannya itu adalah mereka mesti menjaga solat kerana lelaki itu tidak mahu pelanggannya makan daripada air tangan orang yang tidak mendirikan solat. Mendengarkan syarat itu, terus rasa hormat Danish kepada seorang lelaki bernama Izhan Hakimi itu melambung tinggi. Perwatakan lelaki yang sangat tenang itu juga membuatkan semua kitchen crew senang berkerja dengan lelaki itu.

INDAH CINTAKU (TERBIT)Where stories live. Discover now