Prolog

23.2K 843 74
                                    


"Alaaa.. Yana pun nak kahwin dengan Abang Iz jugak. Asyik Kak Dila dengan Kak Nana je dapat kahwin dengan Abang Iz!" Kanak-kanak perempuan yang berusia enam tahun itu sudah berpeluk tubuh. Mulutnya sudah memuncung.

Dayana sudah memalingkan tubuh. Mana aci! Asyik-asyik dia je kena jadi pengapit. Kalau jadi pengantin pun asyik kena kahwin dengan Idham comot tu je. Tak menarik langsung! Dia nak juga kahwin dengan Abang Iz. Abang Iz dah la handsome, baik pulak tu. Tapi setiap kali main kahwin-kahwin, mesti Kak Nana dengan Kak Dila berebut nak kahwin dengan Abang Iz.

"Okay lah! Kalini biar Yana pulak jadi pengantin.." ujar kanak-kanak perempuan yang sudah melangkah turun daripada pelamin ciptaan mereka itu.

"Yeayy!!" Wajah muncung tadi sudah berganti dengan senyuman ceria. Tangan ditepuk girang. Laju langkah diatur menuju ke arah pelamin.

"Am jadi tok kadi ye?" Arah kanak-kanak perempuan itu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang ralit mencabut kemuncup yang melekat di seluar yang dipakai.

"Okay Kak Nana.."

"Am ingat skrip tak?"

"Ingat.." jawab kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan lima tahun itu.

"Pengantin perempuan dah ready?" Farhana selaku ketua di majlis perkahwinan yang bakal berlangsung itu berpaling ke arah Dayana yang ditemani Adila di atas pelamin. Laju Dayana mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Okay.. pengantin lelaki dah ready?" Farhana menoleh pula ke arah kanak-kanak lelaki yang hanya diam daripada tadi. Kanak-kanak lelaki itu hanya tersenyum nipis sambil menganggukkan kepala.

"Okay jom kita mulakan.." Farhana mengangguk ke arah Idham apabila Izhan sudah mengambil tempat duduk.

Idham menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Izhan.

"Abang Iz, Am nikahkan Abang Iz.."

"Chop coca cola!" Laju Farhana memotong.

"Alaa.. kenapa pulak Kak Nana!"
Wajah pengantin perempuan yang berada di atas pelamin itu sudah cemberut. Ish..Ada je yang dengki dia nak kahwin dengan Abang Iz!

"Am! Mana ada tok kadi panggil pengantin Abang!" Farhana sudah bercekak pinggang.

Idham hanya tayang senyum kambing. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Sorry sorry.. Am lupa.."

"Izhan Hakimi bin Mohd Fuad.."

"Saya.."

"Saya nikahkan awak dengan Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebungkus cokelat cadbury.."

Farhana mengangguk-anggukkan kepala. Berpuas hati dengan dialog yang dilontarkan oleh Idham itu. Kemudian kepala ditoleh pula kepada Izhan.

"Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebungkus coklat cadbury.." Lancar sahaja ucapan Izhan. Maklumlah dah selalu kena jadi pengantin lelaki sampai dah hafal skrip. Cuma kali ini nama pengantin perempuannya lain daripada biasa.

"Sah?" Idham berpaling ke arah Farhana.

"Sah!!!"

Serentak mereka bertiga berpaling ke arah pelamin apabila jeritan kuat itu menyapa telinga . Eh eh. Pengantin perempuan pulak yang over.

Izhan hanya menggelengkan kepala melihatkan gelagat adik sepupunya itu. Bibir mengukir senyum nipis.

"Abang Iz! Cepatlah naik pelamin ni. Nanti dah maghrib kita kena balik dah. Tak sempat nak bersanding nanti.." Dayana yang berada di atas pelamin sudah menggamit Izhan ke arahnya.

"Maaf lah Abang Iz, pengantin perempuan harini gelojoh sikit.." ujar Adila yang dari tadi berbulu dengan kelakuan Dayana.

Izhan hanya tersenyum nipis sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Dayana.

Laju kanak-kanak itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Dahinya menunduk menyentuh belakang tangan Izhan selepas abang sepupunya itu menyambut huluran tangannya.

"Abang Iz! Abang Iz tahu tak, Yana dah lama nak kahwin dengan Abang Iz, tau.." polos sahaja Dayana memandang ke arah abang sepupunya itu.

"Tapi asyik-asyik Kak Nana dengan Kak Dila je yang dapat kahwin dengan Abang Iz.. Mentang-mentanglah Abang Iz handsome.."

Izhan melepaskan tawa kecil. Daripada tadi mulut kecil itu tidak berhenti bersuara.

"Abang Iz.."

Izhan menoleh.

"Nanti bila kita dah besar kan, Abang Iz jangan kahwin dengan orang lain tau.. Abang Iz janji Abang Iz kena kahwin dengan Yana, tau.."

Izhan sudah tayang senyum plastik. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Abang Iz janjilah cepat!" Dayana sudah menayangkan jari kelingkingnya di hadapan muka Izhan.

Izhan tiada pilihan. Jari kelingking adik sepupunya itu dicamtumkan dengan jari kelingkingnya.

"Janji.." Izhan hanya layankan sahaja. Dia tahu kalau dia tidak menurut, pasti Dayana akan menangis.

"Okay.. semua dah dengar kan. Lepas ni tak ada siapa yang boleh kahwin dengan Abang Iz, tau. Cuma Yana je yang boleh.." Dayana sudah menepuk tangan. Wajahnya begitu ceria. Dalam hati bukan main seronok sebab Abang Iz dah janji hanya akan kahwin dengan dia sorang.

Adila dan Farhana yang mendengar hanya mencebikkan bibir.

"Dayana Aleesa! Sudah-sudahlah tu berangan! Jom balik rumah sekarang. Nanti Abah marah. Dah nak masuk waktu maghrib ni" jeritan dari arah padang itu membuatkan Dayana berpaling.

Matanya dikecilkan ke arah abangnya, Naufal yang baru siap bermain bola sepak dengan kawan-kawannya yang lain.

"Jomlah kita balik.." Ajak Adila pula.

Dayana bangkit dari duduk. Wajah Izhan ditenung lama sehingga membuatkan kanak-kanak lelaki itu serba salah.

"Kenapa?"

"Abang Iz jangan lupa janji Abang Iz tau!" Dayana mengingatkan semula.

Izhan hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Terhibur dengan telatah adik sepupu yang dua tahun lebih muda daripadanya itu.

***************************************
P/s : Hi.. sis tak ubah jalan cerita pun cuma nak inform nama heroin sis dah tukar sebab tak nak readers pening..
Kalau still nampak nama yang lama boleh komen. Nanti sis ubah.. thank you.. 🌹🌹

INDAH CINTAKU (TERBIT)Where stories live. Discover now