EC:NN22

1.1K 43 3
                                    

                   "TUAN ni susah-susah je, banyak ni! Berapa semua? Saya bayar balik lah," ujar Aishlyn dengan nada mengendur.

"Lah ambik jelah, aku dah beli ni," balas Zaquan pula masih menghulurkan beg-beg tersebut.

"Baju semua lawa... Mesti mahal, cepatlah bagitau harga, saya bayar," desak Aishlyn lagi. Zaquan mula hairan!

"Kau kenapa ni? Selama ni elok je pau duit aku? Tak pernah-pernah pun nak bayar balik? Apahal tiba-tiba ni? Kau nak mati dah ke weh," soal Zaquan bertubi-tubi.

"Takyah bayar lah, aku memang nak habiskan duit dekat kau pun," tambah Zaquan lagi.

Aishlyn kembali memandang Lily dengan kedua-dua belah kening dijongketkan keatas berkali-kali. Dia macam, 'ko dengar tak boyfriend kau cakap apa?'

"Baby!! Apa semua ni?!!" marah Lily sambil menghentakkan kakinya.

"Kenapa?" soal Zaquan hairan.

"You tanya kenapa?! Apahal you belanja dia sampai macamni sekali?! Atleast potonglah gaji dia!!" berang Lily disitu.

"Because she's my bestfriend? Tak salah kan I belanja dia? Lagi pun... I dah biasa belanja dia, dah jadi one of my habits. Tak boleh ubah," balas Zaquan selamba.

Fuh makin panaslah Lily disitu! Semakin hangat hatinya apabila mengetahui bahawa Aishlyn merupakan rakan karib Zaquan!

"Hang jangan dok buat roadblock depan pintu boleh dak? Lalu la sikit orang nak masuk, hamboih la dia ni punca sia," bebel Firdaus di belakang.

Zaquan memberikan laluan kepada lelaki itu untuk masuk ke dalam rumahnya.

"Terima kasih! Ni langsuir mana pulak hang jemput ni?" soal Firdaus jengkel sambil memandang Lily atas bawah.

"Oi!" tegur Zaquan, Ayana dan Puan Ella serentak. Lily pula sudah ternganga sebelum dia mengetap bibirnya geram.

"Kenapa you dekat sini?" soal Zaquan lagi.

"Kenapa? Am I not allowed to be here?! Kenapa you tak ajak I pergi wedding your friend ni?! Why must you invited her?!" soal Lily bengang sambil menunjuk ke arah Aishlyn.

"Kalau bukan sebab bapak you yang bagitahu I, rasanya sampai bila-bila I takkan tahu yang you tengah seronok dating dengan perempuan tak guna ni dekat sini!!" tempik Lily lagi.

"Woi apadia yang hingaq sangat ni? Sampai simpang depan tu dengaq aih," celah Dato Badrul pula.

"Taktau la, papa! Mana mana mai taktau pompuan langsuir ni," balas Firdaus sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Uncle, she's my girlfriend. Sorry," balas Zaquan dengan keluhan. Aishlyn yang berada di sampingnya tersenyum senget.

"I ajak dia sebab dia ada dalam friend group ni... Dia bestfriend I, bestfriend pengantin perempuan, bestfriend pengantin lelaki, that's why I bawak dia," terang Zaquan.

Lily hanya diam. Kalau ikutkan hatinya, dia ingin membalas lebih lagi. Namun apa pula kata Puan Ella dan Dato Badrul nanti kan? Jadi dia hanya kekal diam.

3|| Lynquan's First LoveWhere stories live. Discover now