EC:NN25

1.1K 45 0
                                    

                  AISHLYN selesai membeli barang di kedai runcit yang berada tidak jauh daripada rumah yang menjadi tempat penginapannya.

Sedang gadis itu mencari jalan pulang diiringi dengan nyanyian nasyid, tiba-tiba ada suara yang menghentikan langkahnya.

"What a coincidence," suara garau itu menyapa Aishlyn.

"Urghh not you again," rungut Aishlyn apabila Lucas muncul di hadapannya. Be for real, jantan ni ikut aku ke apa? Daripada Kuala Lumpur sampai ke Kedah ni apa cerita?

"Have you ever heard of... once is an accident... Twice is a coincidence? What a coincidence to see you here," ujar Lucas sinis.

"Maybe in the future, we should meet up for the third time. Then, it's called destiny," ujar Lucas lagi.

"Or maybe it's called stalking, you psycho stalker," cemuh Aishlyn dengan nada benci yang membuak-buak. Dia ingin meneruskan perjalanan pulang namun Lucas menghalang dirinya.

"Apa benda kau ni?! Tiba-tiba menyemak dekat kampung ni pahal?!" tempik Aishlyn. Dia kalau dekat dengan Lucas, memang akan automatik berubah menjadi baran.

"Chill. Dato Zaini told me that you invited me untuk pergi wedding someone sekaligus nak minta maaf dekat I. Of course I takkan lepaskan peluang tu, so here I am," cerita Lucas dengan nada ceria.

"Great. Semua masalah yang timbul harini berpunca daripada si tua nyanyuk yang tengah tunggu ajal sampai tu! You dengar sini eh, I takkan sesekali minta maaf dekat you. Tak ada sedikit pun rasa menyesal dekat dalam hati I because guess what? You freaking deserved it," bidas Aishlyn lagi.

"Bukan main lancang mulut kau, ya? Kau kena ingat, kau tu perempuan. Aku lelaki, aku boleh buat apa je yang aku nak dekat kau!" ugut Lucas.

"Kau ingat negara ni tak ada undang-undang? Kau nak buat apa? Nak calarkan maruah aku lagi? Haritu aku baru tendang kau, aku boleh buat lebih teruk lagi kalau kau macam-macam dengan aku," ugut Aishlyn kembali.

Sedikit sebanyak, dia juga agak takut dengan Lucas. Lelaki itu berani mengugut dirinya di sini.

"I can see that you're afraid of me. Kau ingat, lepas kau dah malukan aku tu... Aku akan biarkan kau terlepas? Kau silap. Aku akan buatkan kau hilang maruah just like how you did to me," ugut Lucas lagi.

Mata Lucas yang menggambarkan seribu satu dendam itu dalam diam menakutkan Aishlyn. Gadis itu menelan liurnya sebelum perlahan-lahan berundur.

Tak cakap banyak, Aishlyn melarikan diri. Jauh. Jauh daripada lelaki gila itu! Sekarang ini, dia harus memikirkan cara untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Lucas.

Entah apa yang akan terjadi sekiranya mereka bertemu lagi!

Entah apa yang akan terjadi sekiranya mereka bertemu lagi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
3|| Lynquan's First LoveWhere stories live. Discover now