PROLOG ; Angel's Devil

8 2 0
                                    




      ' DEVIL ' adalah kod nama bagi salah seorang daripada pengasas utama "The White's" yang juga dikenali sebagai "The Angel's". Merekalah malaikat.. Malaikat bagi organisasi gelap mereka, iaitu keluarga Mafia " The White's".

Malaikat yang menggugurkan sayapnya dan memalsukan tanduk. Malaikat gubahan manusia yang dilimpahi darah. Malaikat yang imun dengan kesucian. Tangan mereka dilimpahi kotoran yang tidak akan pernah terpadam.

Dalam perjalanan mereka mencari kebenaran dan menegakkan keadilan yang bakal mengorbankan berjuta nyawa, jalan cerita mereka dipenuhi dengan jalan berliku. Tiada istilah bahagia dalam kamus hidup mereka.

"The White's" yang hanya mementingkan kehendak dan visi serta misi keluarga mereka itu mengumpul berarus ribu musuh diseluruh dunia. Tanggungjawab yang berat serta berisiko itu memaksa mereka untuk mengorbankan nyawa.

Nyawa... Ia sudah tiada makna dan harga bagi mereka. Nyawa mereka tiada nilai. Berbanding dengan nyawa yang mereka ragut, nyawa mereka bukan milik mereka.

Merekalah malaikat.. Malaikat yang jauh terpesong kearah kegelapan..

Iblis.






















              DIA terbangun dari lena. Sedar sahaja, dia terhidu bau hanyir. Bau darah. Apabila matanya sudah terbuka luas, apa yang memenuhi retina matanya hanyalah warna merah. Merah.. Merah.. Dan merah..

Dia melihat tubuh badannya dan tangannya sekilas pandang. Tubuhnya yang sasa itu dalam keadaan terdidik diatas sofa premium yang disaluti dengan darah merah. Kemeja putihnya serta tangannya dipenuhi dengan darah hanyir.

Dahinya berkerut. Dia menoleh sekitar bilik sederhana besar itu. Ada 5 kujur mayat terkulai diatas lantai berkarpet merah itu. Dia keliru. Dia tidak ingat apa yang dia lakukan semalam.

Segalanya hilang.. Hitam.. Dia mula menafikan kewarasannya.

"What have I done?"

Kim Roy Rhean merupakan wajahnya. Seketika itu dia mendengar suara seseorang yang amat dia kenali berbisik di telinganya.

"We killed them, Roy.. "

Rhean berbisik sinis lalu dia tertawa.

There's nowhere for you to run..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Angel's Devil [ON HOLD]Where stories live. Discover now