EC:NN27

1K 38 0
                                    

                        MAJLIS persandingan Ayana dan Firdaus berjalan dengan lancar sekali. Memandangkan hari sudah petang, tetamu mulai beransur pulang.

"Auntie, mana Zaquan?" soal Aishlyn kepada Puan Ella. Sejak dia pergi bersama Lily, Aishlyn sudah tidak melihat kelibatnya.

"Kamu ni kenapa, Aishlyn? Asyik tanya pasal Zaquan sahaja, hormat-"

"Hormat, hormat, hormat. Auntie, Aishlyn bukan nak rampas dia daripada Lily pun! Aishlyn pun ada taste la! Aishlyn cari dia bersebab," potong Aishlyn geram.

Terdiam Puan Ella dibuatnya. Aishlyn yang tersedar dia sudah terlanjur bicara terus mengeluh.

"Auntie, I'm sorry... It's just, haihh... Aishlyn nak cari Zaquan sebab ada hal nak sembang dengan dia, tu sahaja," keluh Aishlyn. Puan Ella mengangguk sebelum melangkah pergi.

"Haihh bosannya... Nak keluar pun tak boleh, semua sebab Lucas tak guna tu. Arya dengan Felisha pun dah balik KL, kalau tak boleh diorang temankan," rungut Aishlyn sendiri.

Dia melabuhkan diri di atas sofa empuk itu.

"Err, Aishlyn?" panggil Puan Ella. Aishlyn memandang wanita tua itu. Oh ada Lily sekali rupanya? Sedang memeluk lengan Puan Ella erat.

"Yes, auntie?"

"Lily suddenly craving chocolate cake... Tapi auntie tak cukup bahan, boleh tak Aishlyn keluar pergi kedai runcit kejap?" pinta Puan Ella.

Aishlyn memandang Puan Ella dan Lily silih berganti. Oh, kalau untuk perempuan ni semua boleh!

"Suruh Zaquan lah, auntie? Dah nak gelap ni, Aishlyn takut lah nak keluar," tolak Aishlyn lembut. Bukan apa, dia hanya takut dengan ugutan Lucas!

Berubah terus air muka Puan Ella.

"Auntie minta tolong Aishlyn kan? Sekarang dah nak Maghrib. Zaquan kena siapkan diri nak pergi masjid dengan uncle and Firdaus. So the only hope dekat sini hanyalah Aishlyn!" ujar Puan Ella tegas.

"Lagipun, apa je yang boleh jadi dekat Aishlyn? Orang laki semua pergi masjid. So, you don't need to worry, there's no bad guys here," tambah wanita tua itu lagi.

"Aishlyn please... I'm craving," rengek Lily.

'Dah kalau craving sangat kau pergi start enjin motor, beli sendiri! Bawak sekali auntie tu, ini tak. Menyusahkan orang ja,' getus hati kecil Aishlyn.

"Okey fine. I'll go," Aishlyn membuat keputusan sebelum keluar daripada rumah itu. Mukanya masam sahaja, rasa menyampah pun ada!

Puan Ella tak habis-habis dengan Lily. Segala kehendak Lily, semuanya dituruti! Dia bukanlah cemburu, namun sekiranya perkara itu menyusahkan orang lain... Maka dia ada hak untuk marah!

"Lily, Lily, Lily. Semua benda untuk Lily! Terpaling tersakiti, terpaling nak kek coklat, terpaling menyusahkan orang lain! Eee geramnya aku," bebel Aishlyn. Dia hanya bertemankan lampu suluh melalui jalan yang gelap itu.

Ya, kampung itu memang tiada bajet untuk memasang tiang lampu di sepanjang jalan.

"Dengan duit apa benda tak bagi, ha memang! Memang aku orang gaji kat situ, ee kalau ikut hati ni Ya Allah memang aku kerat lidah diorang," tambah gadis itu.

Aishlyn terlalu sibuk dengan perasaannya sehingga dia lupa akan ugutan Lucas. Ditambah pula dengan angin malam yang sejuk, fuh seram!

"Lepasni aku balik KL, aku tak jejak dah ka-" terhenti ayat Aishlyn apabila telinganya menangkap satu bunyi siulan. Langkahnya juga dihentikan.

3|| Lynquan's First LoveWhere stories live. Discover now