EC:NN29

1.2K 48 8
                                    

                          AISHLYN kembali memandang Puan Ella. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakit hatinya dia ketika itu!

"You lied to them... Aishlyn tak tahu apa motif auntie buat macam ni, but apa yang Aishlyn tahu, Aishlyn di aniaya. And you both know doa orang teraniaya ni Allah makbulkan, kan?" soal Aishlyn merenung tepat ke arah Puan Ella dan Lily.

"Kitorang tak aniaya sesiapa pun," balas mereka berdua serentak. Puan Ella dan Lily masih lagi tersenyum sinis.

"I will pray to Allah... Ya Allah Ya Tuhanku... Aku dianiaya, berikan balasan setimpal kepada mereka yang menganiaya, aku meminta padamu agar mereka mati dalam keadaan tidak meminta maaf agar mereka menanggungnya di akhirat-"

BUK !

Badan Aishlyn ditolak kasar menyembah bumi. Kepalanya terhantuk pada permukaan lantai kayu itu.

"Apa benda kau ni?! Kau pahal doa macam tu?!" tengking Ayana pula. Ya, dia yang menolak Aishlyn.

"Apa benda you ni?!" marah Firdaus pula sambil menolak bahu Ayana perlahan. Melampaunya si isteri!

"Kenapa kalau aku doa macam tu?" soal Aishlyn sinis.

"Sampai hati Aishlyn doakan auntie macam tu... Apa salah auntie pada Aishlyn?" tangis Puan Ella.

"Perempuan tak guna! Kau buat auntie menangis! Auntie, janganlah nangis..." pujuk Lily sambil mengusap belakang Puan Ella untuk menenangkan wanita tua itu.

"Aku sebut apa dalam doa aku tadi? Berikan balasan setimpal kepada yang menganiaya kan? Korang kata korang tak aniaya aku... Kenapa risau sangat? Takut? Takut kena azab?" ejek Aishlyn sinis.

Terdiam Puan Ella dan Lily dibuatnya. Air mata yang mengalir daripada kelopak mata Puan Ella pun tiba-tiba berhenti secara mengejut.

"Bagus, Aishlyn! Basuh lagi depa ni! Uncle sentiasa bersama Aishlyn!" sokong Dato Badrul sambil menepuk tangannya. Aishlyn melemparkan senyuman lemah kepada lelaki tua itu sebelum perlahan-lahan bangun.

"I'm not gonna forgive you, you, you and you until you beg me," ujar Aishlyn dingin sambil jarinya menunjuk ke arah Puan Ella, Lily, Ayana dan juga Khaizul.

"Uncle, I'm going back to KL. Halalkan makan minum Aishlyn... Assalamualaikum," pamit Aishlyn sebelum ingin melangkah keluar. Dato Badrul mengangguk.

"Hoi! Siapa izinkan kau keluar daripada rumah ni?! I'm not done with you!!" marah Zaquan seraya menarik lengan baju Aishlyn.

"But I'm done with you!! Aku dah taknak ada hubungan apa-apa dengan koranglah. Esok pagi, aku hantar surat resign, okey are we clear?! Have a nice day and hopefully we can go seperate ways now," putus Aishlyn lagi seraya merentap lengannya kembali.

"Nah, Aishlyn. Ambik kereta uncle, pilih je mana Aishlyn suka hehe... Uncle bagi free," sampuk Dato Badrul pula sambil menghulurkan beberapa buah kunci kereta kepada Aishlyn.

Aishlyn tersenyum lebar seraya memilih kunci kereta yang menarik perhatiannya. Dia mengucapkan terimakasih kepada Dato Badrul yang di anggap seperti ayah sendiri.

3|| Lynquan's First LoveWhere stories live. Discover now