Pertandingan Haiwan?

359 7 7
                                    

Satu, dua, tiga dan empat! Empat tapak kaki berkacang jalan di atas badan Syazwana. "Ginger, sabarlah." Ginger duduk di atas sofa di dalam bilik Syazwana. Syazwana buka telefonnya. Dia melihat nombor jamnya. "1:40!? TAK BOLEH JADI! Lambat! Lambat! Lambat!" Syazwana terus berlari ke bilik air dan terus mandi secepat yang mungkin! Dia memakai baju berbelang hitam dan putih, memakai kardigen hitam, tudung hitam, seluar jeans hitam dan kasut converse berwarna hitam putih. "Perfecto!" Syazwana dukung Ginger dan membawa begnya. Dia turun ke bawah dan beri Ginger makan. Dia terus berlari ke kereta. Sebelum dia ke kereta, dia membuka pintu sling separuh untuk beri Ginger keluar. Dia masuk ke dalam kereta dan terus mulakan enjin!

Tiba di University Kuala Lumpur, Syazwana terus masuk ke bilik kelasnya. Semua murid di kelas itu gerak kepala ke arah Syazwana. Dia tidak endah. Dia terus ke tempat duduknya. "Kenapa lambat?" tanya Zettya, rakan baiknya. "Macam biasa, bangun lambat." Zettya terus menulis apa yang Prof. Nazrin tulis di papan putih. Syazwana check begnya, dia ambil bukunya.

****

Syazwana berborak dengan kawan-kawannya semasa keluar bilik kelasnya. "Kenapa orang berkumpul tu?" Syazwana berjalan ke arah orang ramai di papan kenyataan. Syazwana baca satu kertas.

"KEPADA PEMINAT HAIWAN,

PIHAK UNIVERSITY TELAH BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN PERTANDINGAN HAIWAN PADA 15 JUN 2015. ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA HAIWAN ANDA. BANYAK PERTANDINGAN AKAN DIJALANKAN. JIKA HENDAK DAFTAR HAIWAN ANDA KE DALAM PERTANDINGAN "GAYA FESYEN HAIWAN" SILA BERJUMPA DENGAN PN. SURIATI DI DEWAN ESOK. PENDAFTARAN TERBUKA DARI 10 JUN 2015 - 12 JUN 2015. HADIAH ADALAH PERGI KE FESTIVAL HAIWAN PADA 20 JUN 2015.

SEKIAN,

TERIMA KASIH."

Syazwana teringat Ginger! Mungkin boleh menang? Tak cuba tak tahu. "Berita baik untuk kaulah Wana." kata Fazylnda. Syazwana tersenyum.

Bersambung....

Assalammualaikum dan hello! Ingat tak fanfic 0000? Saya dah delete. Tak ada idea! Awak semua boleh add/follow laman social saya.

Facebook: Aleesya
Instagram: aleesyaar_
Wechat: aleesya

Terima Kasih ❤ Harap terhibur!

Kucing.Where stories live. Discover now