Bab 4

16.4K 767 33
                                    

"Hah?!" Dayana sudah membuntangkan mata. Berita yang baru disampaikan oleh ibunya itu membuatkan dia tergamam.

"Ibu janganlah nak main-main dengan Yana, ibu!"

"Ya Allah, buat apa ibu nak main-main pulak? Hal ni bukan boleh buat main, Dayana Aleesa," ujar Puan Azlina lembut.

"Habis tu, ibu terima ke?" Dayana memandang tepat ke wajah ibunya. Jantung dah rasa macam nak pecah.

"Ibu terima je lah.."

"Hah?! Kenapa ibu terima?"

"Yana dah lupa ke apa yang Yana cakap dekat ibu? Kan haritu Yana jugak yang cakap dekat ibu. Siapa-siapa yang datang meminang, terima je.."

"Ibu! Ibu ni macam baru kenal Yana dua hari pulak. Yana ni dah dua puluh lapan tahun tau jadi anak ibu. Takkan lah ibu tak boleh beza Yana betul-betul ke main-main?"

Puan Azlina hanya ukir senyum nipis melihat wajah anaknya yang sudah masam mencuka.

"Yana tak nak lah, ibu!"

"Kenapa Yana tak nak? Yana dah ada pilihan hati ke?"

Dayana terdiam. Jawapan apa nak bagi pada ibu ni? Yang dia tahu dia belum bersedia untuk terikat dalam hubungan perkahwinan.

"Tak adalah.. Tapi Yana tak nak kahwin dengan orang yang Yana tak kenal, ibu. Ibu tolonglah janganlah paksa Yana.." Dayana sudah menunduk. Tangan ibunya digenggam kuat.

"Siapa cakap Yana tak kenal?"

Laju Dayana mengangkat wajah. Dahinya berkerut.

"Maksud ibu?"

"Maklong yang nak masuk meminang Yana.." Selamba sahaja wajah Puan Azlina.

"Hah?"

"Maklong ada tanya pasal Yana dekat ibu semalam.."

Dayana masih terkedu. Otaknya tidak dapat menghadam sebarang maklumat ketika ini. Kenapa tiba-tiba? Maklong nak pinang dia untuk siapa?

"Dia berhasrat nak jodohkan Yana dengan Izhan.."

Dayana terpana.

"Eh, mana boleh, ibu.."

"Kenapa pulak tak boleh?"

"Sepupu mana boleh kahwin.." Laju sahaja Dayana menjawab.

Puan Azlina melepaskan tawa perlahan.

"Dalil mana yang cakap sepupu tak boleh kahwin?"

Terus Dayana terdiam mendengarkan soalan ibunya itu. Manalah dia tahu wujud ke tak dalil tu. Selama ni dia dengar orang cakap macam tu.

"Err..Kalau kahwin sepupu bukan ke nanti dapat anak cacat?" Dayana dah tiada idea.

Sekali lagi Puan Azlina melepaskan tawa. Tetapi kali ini lebih kuat.

"Kamu tak payah nak mengarut! Tak ada maknanya. Kamu tengok Makcik Nor dengan Pakcik Din sebelah rumah kita tu. Diorang pun sepupu jugak, tau.. Elok je dapat lapan orang anak. Semua cukup sifat je ibu tengok.."

"Ibu.." Dayana sudah mati kata.

Puan Azlina mengusap perlahan wajah anak daranya yang sudah berubah mendung itu. Dia mengukir senyum.

"Ibu main-main je lah.."

"Ibu! Ish, ibu ni buat Yana takut je!"

Puan Azlina melepaskan tawa lagi.

"Tak ada maknanya maklong tu nak masuk meminang Yana untuk Abang Iz," sambung Dayana lagi.

"Eh, ibu main-main part ibu terima tu je. Yang maklong nak masuk meminang Yana tu memang betul-betul," ujar Puan Azlina.

INDAH CINTAKU (TERBIT)Where stories live. Discover now