Bab 5

17.6K 779 70
                                    

Dayana menghentikan suapan nasi ke dalam mulut. Wajah Puan Azlina yang terpampang di skrin telefon ditatap dengan mata terbuntang. Ibunya ini tak habis-habis nak buat dia kena serangan jantung.

"Bulan depan?"

"Ya, bulan depan." Puan Azlina mengukir tersenyum.

"Cepatnya ibu! Kenapa cepat sangat?"

"Ibu dengan maklong bukannya tak kenal kamu tu."

"Hah?"

"Kitorang takut kamu tu tukar fikiran. Haritu memang la cakap setuju. Esok-esok nanti cakap tak setuju pulak," ujar Puan Azlina.

Dayana mengerutkan dahi.

"Izhan tu kami percaya lagi. Kamu tu yang kami tak percaya.."

"Uhukk.." Dayana tersedak. Laju tangan mencapai air.

"Haa tengok! Sampai tersedak tu. Entah-entah betul cakap ibu tu.."

"Mana ada, ibu.." Haih, ibu dengan Maklong ni macam tahu-tahu je yang dia tengah berbelah bagi dengan keputusannya minggu lepas.

"Sementara kamu setuju ni baik kami cepatkan aje."

"Tapi, ibu... Bagilah masa Yana dengan Abang Iz kenal-kenal dulu.."

"Hah? Kamu merepek apa ni Dayana Aleesa? Dua puluh lapan tahun tu tak cukup lagi ke untuk kenal abang sepupu kamu tu?"

"Itu lain, ibu.." Perlahan sahaja suara Dayana menuturkan. Tangan naik menggaru kepala.

"Sama aje.. Lagipun ibu kenal Iz tu macam mana.. Dia tu sebaik-baik lelaki yang ada dekat alam semesta ni.."

"Amboi ibu, hiperbola sangat puji tu.."

"Betullah. Kamu tu patut bersyukur tau si Iz tu setuju nak kahwin dengan kamu.." ujar Puan Azlina sambil ketawa perlahan.

Dayana membuntangkan mata. Amboi ibu ni! Tak habis-habis nak downgrade kan dia!

"Tapi ibu, takkan tak payah bertunang? Biasa orang lain bertunang.."

"Sebab orang lain tu bukan kamu. Yang boleh tukar fikiran bila-bila masa.."

Dayana tayang gigi. Dia dah tak ada idea.

"Sempat ke ibu kita nak buat persiapan? Cepat sangat sebulan tu.." Masih mencuba.

"Sempat je. Lagipun kamu dengan Iz sama-sama ada dekat Subang. Boleh pergi cari baju kat sana je.."

"Hah? Takkan Yana kena pergi cari dengan Abang Iz?"

"Habis tu? Kamu nak pergi cari baju pengantin dengan Abang Naufal ke?" Puan Azlina sudah menjulingkan mata ke atas.

"Err.."

"Kamu jangan main-main ye, Yana. Kalau kamu tak nak, cakap awal-awal. Ibu tak nak ada yang lari masa hari nikah nanti."

"Uish, ibu ni! Choiii!"

Puan Azlina melepaskan tawa melihatkan Dayana yang sudah membeliakkan mata.

"Kalau macam tu, kamu buat la apa yang patut. Dokumen-dokumen, barang hantaran tu semua nanti kamu bincang la dengan Iz macam mana.."

Dayana hanya mengangguk perlahan.

"Okay la. Ibu nak sambung cari kain baju untuk saudara mara kita masa majlis kamu nanti.. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.." Talian dimatikan.

Tiba-tiba Dayana termangu.

Macam mana dia nak contact Abang Iz? Nombor telefon Abang Iz pun dia tak ada!

INDAH CINTAKU (TERBIT)Where stories live. Discover now