Bab 6 🌹

7.1K 273 7
                                    

NAEEM menggaru pucuk hidungnya dengan mata fokus pada skrin iphonenya. Dia duduk di tempat yang agak jauh dari orang ramai dalam cafe itu. Menunggu nak lepak dengan Damien dan Khaleed.

"Lambat betul la laki orang ni. Eh satu dah cerai." Dia meneguk teh susunya. Dah tinggal separuh cawan dah minuman yang dia pesan itu.

"Wehh bro sorry lambat."

Damien dan Khaleed muncul dari belakangnya.

"Hah orang berbini kan. Memang la. Kau pulak dah kenapa lambat sampai?" tanyanya pada Khaleed.

"Eh Khaleed, dia yang datang dulu jemput aku kat rumah. Layla tak bagi aku drive sebab aku agak pening-pening sekarang ni." balas Damien.

"Morning sickness kerrr." usik Naeem.

Damien tertawa kecil. "Ha'ah. Anak kedua kali ni aku pula yang kena. Sebelum ni Layla. Tapi tak teruk sangat. Mengidam dia tu yang teruk. Sampai ngidam nak adopt kucing dari turki, nak bela hamster."

Naeem dan Khaleed tertawa. "Nak puma lagi."

"Nasib la aku belum ada anak lagi." Khaleed mengusap belakang lehernya. Hampir setahun dia dan Elly berkahwin, masih tiada rezeki untuk dapatkan cahaya mata. Hingga la mereka bercerai.

"Kau pula bila nak kahwin?" tanya Khaleed pada Naeem. Damien bangun untuk ke kaunter order makanan.

"Aku? Eh.. Tak nak lah aku kahwin. Dengar masalah rumah tangga korang pun aku dah serik." Balas Naeem. Laju dia menggeleng.

"Eleh.. tengok-tengok tahun ni juga kau kahwin. Mulut aku ni masin." balas Khaleed.

Naeem mencebik. "Aku simbah dengan gula nanti biar tak masin. Manatahu kalau mulut kau manis nanti boleh dapatkan kau jodoh baru?"

Khaleed tertawa. Langsung tidak berkecil hati.

"Kalau ada jodoh tu jangan la tolak. Takkan kau tak ada tersangkut dengan kau ni?" usik Damien yang datang bersama secawan latte dan capuccino.

"Sarah tu balik-balik mengedik dengan kau. Tak terpikat ke?" Khaleed menyisip sedikt lattenya.

"Eee tak nak la aku. Dah la pakai baju macam berkemban je. Rambut perang entah ok lagi ke tidak akar rambut dia tu. Asyik tukar warna rambut. Bukan taste aku." balas Naeem panjang lebar.

"Kau pula Khaleed, Syatila tu dah lama tunggu kau. Taknak ke jadi adik ipar aku?" tanya Naeem. Hampir tersedak Khaleed kerana kebetulan dia tengah minum. Terbatuk lelaki itu.

"Wehh kau ni. Aku tak layak la dengan Syatila tu. Model antarabangsa kot banding dengan aku ni hotel owner je."

"Melampau betul tahap ke-humble-lan kau eh? Apa owner hotel ni tak kaya raya ke? Hotel kau bukan satu je. Dah banyak cawangan." ujar Naeem. "Minta puji betul la."

Damien sudah tergelak suka. Khaleed dengan Naeem kalau dapat bergaduh memang masing-masing tak mahu kalah.

Tiba-tiba telefon Naeem di atas meja berdering. Panggilan dari Ain. "Kau tunggu jap, adik aku call."

"Ye adik ku sayang." Naeem senyum bila Ain disebelah sana memberi salam. Nak menyindir la tu.

"Eh.. Assalamualaikum. Kenapa ni?" berkerut dahi Naeem. Damien dan Khaleed hanya diam memerhati.

"Abang long kat mana sekarang eh? Ada dengan Khaleed ke?" Naeem pandang Khaleed.

hah kau. Dah hilang 'abang' Khaleed dia. Geram betul.

"Kenapa ni dik? Ya abang long dengan Khaleed dan Damien ni."

Damien dan Khaleed berpandangan bila dengar nama mereka disebut.

[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOKWhere stories live. Discover now