Bab 10 🌹

7.3K 255 14
                                    

TERLOPONG mulut Ain bila melihat Kaira berada tidak jauh di hadapannya. Tangan naik menutup mulut. Dia mendekati Kaira yang sedang melambaikan tangan padanya.

"Kau buat apa kat sini babe?" tanyanya.

"Jemput kau lah. Sekali sekala balik naik motor." Kaira tertawa kecil. Dia baru saja menghantar pesanan salah seorang pensyarah ke sini.

"Kau biar betul?! Aku dah lama nak naik motor ni."

"Yalah. Nah helmet."

"OMG!!" Ain menjerit kecil sambil menyambut helmet dari Kaira. Nasib dia pakai beg belakang hari ni. Jadi tak ada fail atau buku yang dia pegang.

"Adik?" serentak Kaira dan Ain menoleh.

"Abang Kai." Kaira tersengih. Kairul menapak mendekati mereka.

"Datang ambil Ain ke?"

"Sebenarnya adik ada delivery kat sini tadi. Sekali la jemput Ain balik. Kereta Ain rosak." balas Kaira.

Ain di sebelahnya mengangguk laju.

Kairul mengerling Ain yang sedang memakai helmet.

"Hati-hati balik tu." pesan Kairul.

"Okay!"

Ain meletakkan begnya di bakul motor sebelum naik ke tempat duduknya di belakang Kaira.

"Balik dulu." pamit kedua-dua gadis itu.

Kairul hanya tersenyum sambil melambaikan tangannya pada Kaira dan Ain yang sudah bergerak pergi dari situ. Kepala digeleng perlahan.

"Adik.. Adik.."

SAMPAI saja dirumah, usai solat asar mereka berdua nyenyak tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAMPAI saja dirumah, usai solat asar mereka berdua nyenyak tidur. Dua-dua kepenatan. Apa tidak selepas hantar motor, mereka berjalan lagi ke mall untuk membeli makanan dan belanja rumah yang lain.

Ain masih lagi dengan telekungnya. Tidur di sofa di ruang tamu. Ingatnya tadi mahu menonton tv, tapi tertidur.

Kaira pula habis solat saja, katil yang di cari dulu. Sakit satu badan hampir seharian kerja. Nak makan pun dah tak larat.

Bunyi deringan lagu BTS Dope menandakan ada panggilan masuk di telefon Kaira. Dia mengelip-ngelipkan matanya. Baru bangun tidur, masih mamai lagi.

Telefon di meja sisi katil di capai. Panggilan dari..

PAKCIK tengku 🥸

Kaira mendengus kasar.

"Kacau betul la pakcik ni." dia meletakkan kembali telefonnya. Panggilan itu langsung tidak diangkat. Dia kembali melelapkan mata walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

 Dia kembali melelapkan mata walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6 petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOKWhere stories live. Discover now