Bab 43

525 22 0
                                    

Zarren melihat kedua-dua wajah anak buahnya. Comel sungguh wajah mereka. Wajah Ian sama seperti Iris manakala wajah Isaac sama seperti Noah. Nama belakang mereka juga sama sepertinya. Zarren.

Senyuman yang dulu hilang dek kerana kehilangan seorang wanita, kini senyuman kembali menghiasi wajahnya. Telatah anak-anak buahnya itu membuatkan suasana rumah yang agak sunyi itu kedengaran riuh sama sekali. Banyak mainan yang dibeli oleh Zarren untuk anak-anak buahnya. He's gonna be their favourite uncle a.k.a babah Arren.

"Rayqal." Laung Zarren. Rayqal yang berkawal diluar rumah langsung menapak masuk kedalam apabila namanya dilaung oleh majikannya.

Sampai diruang tamu, dia melihat majikannya bersama anak-anak buah lelaki itu.

"Ya Tuan?"

Zarren memusingkan kepalanya memandang Rayqal yang tersenyum padanya.

"Rayqal, kau boleh tolong tengok-tengok kan anak-anak buah aku kejap? Aku nak solat. Dah masuk asar dah ni. Kau dah solat belum?" Rayqal menggeleng bagi pertanyaan majikannya.

"Belum lagi Tuan."

"Err... Kalau macam tu kau pergi lah panggil pengawal-pengawal yang lain untuk solat sekali. Kita solat berjemaah. Pastu tolong panggilkan Sebastian untuk tolong tengok kan anak-anak buah aku. Dia kan non muslim." Kata Zarren. Matanya melihat jam ditangan lalu dibuka jam ditangan kirinya sebelum melangkah kearah anak-anak buahnya.

"Baik Tuan." Balas Rayqal sebelum melangkah pergi. Selang beberapa minit, Rayqal kembali bersama pengawal-pengawal yang lain diikuti sengan Sebastian.

Pengawal-pengawal yang lain meminta diri ke tandas terlebih dahulu untuk mengambil wuduk.

"Sebastian, aku nak kau tolong jagakan anak-anak buah aku sementara aku nak solat kejap." Sebastian mengangguk lalu menapak kearah Ian dan Isaac. Comelnya lah. Behave pula tu.

"Comelnya anak-anak buah Tuan. So adorable." Kata Sebastian kemudian dia melabuhkan punggung diatas lantai. Pipi Isaac digomol-gomol sebelum beralih pada Ian. Zarren menggeleng perlahan melihat telatah Sebastian. Kalau jumpa budak je mesti pipi itu yang pertama untuk disentuh. Macam Sebastian.

Zarren tersenyum kecil apabila melihat anak-anak buahnya gelak sakan apabila digeletek oleh Sebastian.

"Tuan, Jom solat." Panggil salah satu dari pengawal disitu yang bernama Ariff.

Zarren mengalih pandangan lalu mengangguk. Dia bangun dari sofa dan melangkah pergi mengambil wudhuk. Usai dia dan semua pengawalnya mengambil wudhuk, Mereka semua membentangkan sejadah ditengah-tengah ruang tamu yang kedua dan imam diketuai oleh Zarren memandangkan Zarren yang lebih tua dari mereka.

Azan dilaungkan oleh salah seorang pengawal disitu yang dikenali sebagai Arfan. Selang beberapa minit, Usai sahaja solat Asar ditunaikan secara berjemaah, Zarren sebagai imam memberi salam lalu dia dan semua pengawalnya menadahkan tangan bagi bacaan doa. Setelah itu, mereka bersalam-salaman dan kemudian tikar sejadah dilipat lalu diletakkan kembali ditempat asalnya.

Semua pengawal kembali membuat kerja mereka. Zarren yang baru sahaja tiba diruang tamu pertama itu tampak sedikit bingung apabila melihat tiga susuk yang sedang tidur itu. Patut la dia tidak mendengar suara anak-anak buahnya atau Sebastian sekalipun, rupanya mereka sudah tertidur.

Zarren mengambil jamnya dan dipakai kembali. Usai itu, tubuh kecil Ian dan Isaac diangkat dan dibawa ketingkat atas. Dia menolak pintu bilik menggunakan kaki disebabkan kedua-dua tangannya sedang mendukung anak-anak buahnya.

Tubuh kecil itu diletakkan di dalam baby court. Kemudian dilabuhkan kucupan pada dahi si anak buah.

"Tidur cukup-cukup tau. Nanti pukul 6 petang kita pergi jumpa mama ye sayang?" Ujar Zarren. Dia menapak keluar dari bilik. Pintu ditutup rapat.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now