PART 1 - POCONG

12 0 0
                                    

Ibu aku seorang ibu tunggal. Ibu bercerai dengan ayah sejak umurku 12 tahun. Aku mempunyai 3 beradik dan kesemuanya adalah perempuan. Ayah? Ayah lebih memilih untuk meneruskan hidupnya tanpa kami. Tanpa memberi nafkah duit mahupun nafkah kasih sayang. Ibulah terpaksa berkorban mengambil alih semua tangungjawab ayah dan mejadi seorang ibu sekaligus. Selepas bercerai, aku boleh katakan ibu berada di fasa bawah dalam hidupnya, ibu sudah lama tidak bekerja dan tidak tahu memandu. Jadi ibu tidak mempunyai banyak pilihan untuk mempunyai kerja yang selesa, maka ibu bekerja di sebuah restoran kepunyaan sahabat baiknya yang berdekatan dengan pejabat badan kerajaan. Ibu terpaksa bangun seawal 4 pagi dan pulang ke rumah selewatnya 8 malam. Hanya beberapa bulan, mak longku iaitu kakak sulung ibu mempunyai rezeki membuka stesen minyak dan mempelawa ibu bekerja dengannya. Barulah, ibu berasa selesa sedikit bekerja di bawah penghawa dingin. Shift ibu juga bermula 6 pagi dan pulang pada jam 3 petang. Namun begitu, ibu masih lagi belum boleh memandu ke tempat kerja dan masih menaiki bas.

Nak dijadikan cerita, sekolahku berdepan dengan stesen minyak mak longku. Oleh kerana, aku kasihan ibu menunggu bas seawal 5.30 pagi seorang diri. Aku juga turut serta menunggu bas menemani ibu setiap hari walaupun persekolahanku bermula pukul 7 pagi. Kebiasaannya aku akan membantu ibu membuka stesen minyak dan menunggu di surau stesen minyak tersebut sehingga 6.45 pagi.

Kisah ni bermula di satu pagi, hijab ibu sememangnya terbuka. Tetapi menurut ibu, ibu tidaklah boleh melihatnya sepanjang masa. Hanya diwaktu yang tertentu. Kemungkinan apabila ibu berasa penat atau sedih. Seperti biasa, ibu mengejutku pukul 4.30 pagi, aku mula bersiap untuk ke sekolah. Pagi tu memang lain, aku rasa sejuk sehingga ke tulang. Sambil bersiap aku melihat ibu memandang ke arah tingkap yang terbuka. Merenung dalam seperti cuba mengenal pasti sesuatu dari jauh.

"Ibu?"

Ibu tersentak.

"Eh terperanjat aku, kau ni" sergah ibu.

Aku tertawa kecil

"Ibu tengok apa?"

"Tak ada apa?" ibu menutup tingkap

"Cepat bersiap! Nanti kita tertinggal bas" tegas ibu.

Aku mengangguk dan terus memakai tudung.

Sewaktu keluar rumah dan memakai kasut. Aku melihat langit seakan mahu hujan. Petir sambar menyambar.

"Cepat, nanti kang hujan susah kita nak berjalan ke bustop" kata ibu sambil dia menutup pintu.

Bustop dari rumah mengambil masa 5 minit dengan berjalan kaki. Usai aku mengikat tali kasut, hujan renyai sudah mula turun, aku berlari-lari anak mengikuti belakang ibuku. Sambil mulutku dengan riang memangil ibu.

"Ibu! Tunggu!" jeritku

Namun, hanya baru beberapa langkah, kaki aku terhenti. Ibu seakan masih tenang dan berjalan seakan tiada apa-apa yang berlaku.

Ibu seakan terdengar kakiku terhenti dan memusing ke belakang dan memandangku yang kaku. Disitu aku melihat muka ibu juga berubah dan menyedari sesuatu.

"Jalan"  ibu memberi arahan padaku

"Tapi ibu.... " jari ku menunjuk sesuatu arah.

500 meter tempat kami berdiri. Ada satu lembaga yang seakang pocong sedang menghadap kami. Bulu romaku meremang dan kaki aku membeku tidak berjalan. Pocong tu mempunyai muka hitam yang pekat. Aku seakan tidak dapat melihat matanya. Tiba- tiba mulutnya membuka dengan besar.

"Jalan!" ibu aku menarik tanganku sambil berteriak.

Aku menundukkan muka dan meneruskan langkah. Kebiasaannya kami akan melalui jalan di pocong tu berdiri. Tapi ibu membelok ke kanan dan membawa ku jalan dalam kebun milik jiran ku. Tangan ku berpeluh dan badanku mengigil. Sampai kami di bustop. Ibu diam dalam dua minit.

"Yani nampak?" soal ibuku.

Aku megangguk lemah.

Ibu menarik telefon bimbitnya keluar. Menelefon atukku, ibu meminta tolong supaya atukku mengambilku di bustop. Kata ibu, aku tak perlu ke sekolah hari tu. Atuk mengambilku. Sejak peristiwa tu, aku demam seminggu dan tak ke sekolah. Setelah sihat, ibu ku memberitahu yang dia sering kali melihat pocong tersebut dikawasan rumah sejak ibuku berkerja di restoran tempoh hari. Cuma, selepas bekerja dengan mak longku ibu tak pernah lagi melihat pocong tersebut di sekitar rumah. Ibu juga memberitahuku, sesaat ibuku keluar rumah pagi itu, dia sudah tahu yang ada pocong disitu. Namun, kata ibu dia pasti aku tidak mendapat melihatnya akan tetapi sangkaannya meleset bila aku terhenti melangkah dan mukaku pucat ketika itul. Sejak itu, aku tidak lagi menemani ibu menunggu bas pukul 5.30 pagi lagi. Ibuku membayar bas sekolah kuning dan menyuruh aku menaikinya bersama-sama rakan yang lain. Aku juga tidak lagi pernah melihat pocong itu lagi. Cuma ada ketika, aku tidur lambat. Ibu akan keluar bilik dan menyuruh aku masuk ke bilik.

"Dia dah datang, masuk bilik"

Kata ibu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIJAB IBUWhere stories live. Discover now