chapter 02 🪄

19 2 0
                                    


[ Master ]

Dari tempat aku berdiri, aku melihat seorang lelaki muda duduk santai di atas kerusi mewah.

Lelaki muda itu berpakaian serba merah. Ada kipas di tangannya.

Aku minta izin untuk masuk.

Sebaik mendengar suara aku menegur, aku melihat ekor matanya mengerlingku. Tak semena aku lekas menunduk, tidak berani menyambut pandangan matanya.

Dia izinkan aku masuk.

Lantaran bangkit dari duduknya sambil mengipas-ngipas dirinya.

Aku atur langkah berhati-hati.

Dari hujung alis mata, aku melihat orang-orang menyembah ke tanah. Sedikitpun tidak berganjak, seolah-olah sudah kaku di posisi itu.

"Master, Xie Yu bawa minuman."

Dulang yang kutatang aku letak ke atas meja. Aku ambil cawan kaca lantas menapak menghampiri lelaki itu.

Pemberianku disambut.

Aku masih tunduk.

Gejolak di dadaku bukan kepalang.

Apatah lagi setelah telingaku menangkap rengusan lelaki muda itu.

Pprang! Serpihan kaca berterabur di atas lantai. Melihat kelakuan itu, aku cepat-cepat berlutut.

Sehinggalah aku mendengar suara merintih memohon diampunkan.

"Master, hukum aku. Aku bersalah."

"Maafkan aku, Master Jeon."

***

Aku mendengar suara esak tangisan.

Dari hujung alis mata, aku melihat orang itu menangis teresak-esak.

Acap kali aku melihat wajahnya tunduk mencium tanah, mengulang kata maaf entah keberapa kalinya.

Aku kacip mulut. Dalam keadaan berlutut, aku harap orang itu senyap.

Master tidak suka akan kelakuan itu.

Master tidak suka akan bunyi bising. Apatah lagi bunyi esak tangisan.

Sehinggalah aku mendengar esakan itu berubah menjadi teriakan.

Aku melihat seolah-olah ada tenaga yang menjerut leher orang itu. Ssirk! Sebaik kepala itu dipusing 360 darjah, aku melihat tubuh itu rebah lalu kaku.

Ruang utama ini kembali hening.

Dek kesilapannya berganjak sedikit, dia tewas di tangan Master.

"Master, izinkan Xie Yu kembali untuk siapkan minuman semula."

Ucap aku. Aku beranikan diri bersuara.

"Tak perlu. Mulai hari ni, kau tak perlu sediakan minuman tu lagi."

Tak semena aku terbungkam.

Aku melihat lelaki itu muda itu kembali ke kerusi mewahnya.

Lantaran dia duduk lalu bersandar.

Aku perhati tindak tanduknya sehingga lelaki muda itu melelapkan mata.

"Master, Xie Yu menolak."

"Xie Yu perlu sediakan minuman tu juga."

Aku berkeras membantah perintahnya.

Tidak! Aku tak mahu ikut perintah itu.

Tak semena lelaki muda itu ketawa. Geli hatinya barangkali.

"Bawahan seperti kau sudah berani melanggar perintahku?"


TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now