chapter 03 🪄

18 2 0
                                    


[ Master ]

"Master ialah tuan Xie Yu."

"Xie Yu takkan boleh terima kalau berlaku apa-apa kepada Master."

Aku masih berkeras. Tawa lelaki muda itu masih bersisa. Semakin lama semakin hebat tawanya dek mendengar bicara yang aku ucapkan.

"Kau terlalu patuh, manusia."

"Master boleh perintahkan Xie Yu untuk lakukan apa sahaja. Tapi, bukan..."

Tak semena bicara aku mati sebaik aku rasakan tengkukku dicengkam kuat.

Aku rasa sesak nafas. Dadaku berombak cukup kencang. Tercungap-cungap aku ambil nafas, cuba sedaya upaya untuk menstabilkan rentak pernafasanku.

"Kau berani menentang Master Jeon? Cerminkan diri engkau dahulu."

Bukan main merinding tubuhku sebaik mendengar suara itu berbisik di telinga.

Aku menggigil ketakutan.

Tidak lagi berani hendak bersuara.

"Lakukan apa yang Master perintahkan. Itu memang tugas kau, bukan?"

Cengkamannya di tengkukku makin erat. Bukan main berkerut wajah aku menanggung sakit yang tak tertahan. Sakit! Sakit sangat sehingga nyawaku boleh putus bila-bila masa sahaja.

"Lepaskan."

"Budak itu memang anak nakal."

***

"Maafkan aku, Master Jeon."

"Aku cuma tak suka manusia ini berani melanggar perintah Master."

Aku rasakan tubuhku yang menggigil tersungkur ke atas lantai.

Ada cecair merah mengalir dari celah bibir aku. Kala itu, menyedut udara juga payah sehingga dadaku berombak. Rentak nafasku masih lagi belum stabil.

"Pergi. Ada sesuatu yang perlu aku bicarakan berdua bersama Kim."

"Tapi, Xie Yu perlu ada..."

"Rawat diri kau dahulu."

"B...Baik, master."

Aku genggam permukaan lantai bagi menampung tubuh untuk bangkit.

Perlahan-lahan aku atur langkah beredar dari ruangan itu. Dalam diam, aku mengepal lima jariku. Aku cukup tidak suka akan rakan master itu.

Seolah-olah aku menghidu sesuatu yang tidak enak daripadanya.

***

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu, aku dibawa ke kediaman ini.

Budak polos ini kala itu dipaksa untuk mengangkat sumpah di hadapan seorang lelaki muda. Seumur hidupnya perlu berbakti kepada lelaki itu.

Dengan cara?

Beri darah kepadanya. Sebagai balasan, si pasangan suami isteri dijanjikan kekayaan seumur hidup.

Budak polos ini lah menjadi mangsa. Mangsa ketamakan ibu bapanya.

Kerana mengejar harta dunia, sanggup menggadai nyawa si anak polos.

Semenjak itu, aku tinggal di sini.

Membesar di kediaman ini.

Kediaman si raja iblis.

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now