chapter 04 🪄

13 2 0
                                    


[ Master ]

Aku mendampingi master sudah lama.

Bahkan, sudah sepuluh tahun berlalu. Usiaku juga sudah mencecah 20 tahun.

Tapi, lelaki ini. Masterku ini... masih tampak muda. Masih seperti pertama kali aku menemuinya. "Master, boleh Xie Yu tahu. Apa yang Master bicarakan bersama Ketua Kim?"

Aku beranikan diri bertanya sambil aku sisir rambutnya.

Dia mengerling aku dari biasan cermin.

"Tiada hal yang penting."

Responsnya bikin aku membisu. Aku tidak lagi menyoal lebih lanjut.

Barangkali dia tidak mahu memberitahuku.

Tak semena dada aku diserang suatu perasaan aneh. Sehingga aku rasakan tubir mataku mulai hangat.

Aku melihat ada helaian rambut lelaki itu mulai memutih.

Semakin lama aku sisir rambutnya, semakin banyak helaian rambut yang sudah memutih kujumpa. Tak semena sikat rambut itu kulepaskan ke lantai.

"Xie Yu, aku ingin ke luar kota."

"Kau mahu menemaniku?"

Aku melihat lelaki itu mencapai sikat rambut di atas lantai.

Kemudian, dia menatap aku. Aku melihat ada senyuman pada wajahnya.

Senyuman si raja iblis manis juga ya.

Tapi, mengapa senyuman itu sehingga boleh terukir pada wajahnya?

"Master Jeon?"

***

"Jangan dekati aku!"

"J...Jangan!"

Ruangan kamar yang hening pecah dek teriakan itu.

Tak semena mana Xie Yu lekas masuk ke kamar si Master.

Wajahnya pucat. Seolah-olah ada hal buruk menimpa tuannya.

"Master, apa yang berlaku?"

Lelaki itu tidak menjawab. Pertanyaan Xie Yu dibiarkan tidak berjawab. Sebaliknya dia turun dari katil. Langkah diatur menuju pintu.

Xie Yu memerhati tingkah laku si tuan dengan penuh khawatir.

Lantaran dia buntuti jejak lelaki itu.

Mengekori ke mana sahaja lelaki itu membawa dirinya.

***

"Mimpi itu masih menganggu aku."

"Aku masih belum boleh lari."

Xie Yu ekori lelaki itu sambil memayunginya.

Tidak mahu hujan rintis sehingga boleh menimpa tubuh tuannya. Xie Yu cuma mampu memasang telinga.

Dia tidak mahu bersuara padahal dia cukup khawatir akan si Tuan.

"Baiklah, kalau ini yang mereka mahukan. Aku akan lepaskan takhta ni sebab raja iblis bukan aku awalnya." Tak semena Xie Yu terbeliak mata. Cepat-cepat dia menggeleng kepalanya.

"Tak, master tak boleh turun takhta."

"Xie Yu tak setuju, master."

Sepasang mata Xie Yu berkaca-kaca. Dia menatap lembut wajah tuannya.

"Tiada sesiapa pun yang boleh halang kehendak aku. Termasuk kau."

"Tiada cara lain selain pancung kepala sendiri untuk turun takhta. Master tahu kan syarat-syarat tu? Untuk turun takhta, maknanya Master perlu jadikan diri sendiri korban sebagai ganti."

"Tak, Xie Yu tak mungkin benarkan!" Xie Yu lekas berlutut di atas tanah.

Dia menangis teresak-esak di situ.

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now