chapter 05 🪄

12 2 0
                                    


[ Master ]

"Master, Xie Yu sudah bersumpah untuk mendampingi master seumur hidup."

"Maknanya, hidup mati Xie Yu cuma untuk Master. Xie Yu mohon jangan..."

Teresak-esak Xie Yu menangis di kaki si Tuan sehingga merah matanya.

Master Jeon menatap wajah sayu Xie Yu.

"Takhta tu bukannya milik aku. Untuk apa aku terus pertahankan, bukan?"

"Aku sudah hidup cukup lama, Xie Yu. Berapa ramai juga yang mati di tangan aku hanya kerana takhta itu."

"Aku punya kuasa, aku ada kekuatan. Tapi, dunia tidak menerimaku. Aku si raja iblis, Xie Yu. Tempatku neraka. Entah akan terbayar mahupun tidak semua kejahatanku."

"Tapi, master..."

"Cukup! Aku tak mahu mendengar apa apa lagi daripada kau." Lelaki itu lekas mencantas bicara Xie Yu. Sehinggalah mereka didatangi oleh seorang pemuda.

Pemuda itu mengah. Tercungap-cungap dia ambil nafas sambil mengurut dada.

"Master, kediaman kita dikepung."

"Banyak orang kita mati dibunuh."

Tak semena Xie Yu lekas bangkit. Dia lap air mata yang merintik ke pipi.

Sepasang mata sembapnya merenung wajah pemuda itu. Ada percikan darah pada wajahnya. Pedang yang berada dalam genggamannya juga lencun dengan cecair merah likat.

"Dan, master..."

"Ketua Kim mahu menemui Master."

***

"Apa semua ni, Kim?"

Master Jeon merenung lelaki itu yang duduk di kerusi mewah miliknya.

Selang kemudian, keheningan di ruang utama itu pecah dek ketawa Ketua Kim. Ketua Kim bingkas bangkit dari duduknya lantas menerpa ke arah Master Jeon.

Di tangannya, ada sebilah pedang. Dia heret pedang itu di atas lantai.

"Aku beri kau masa terlalu lama. Tapi, kau tahu aku seperti apa, bukan? Aku tidak suka menunggu. Masanya sudah tiba. Takhta itu perlu kau lepaskan."

"Sepatutnya raja iblis sebelumnya memilih aku. Bukan kau, manusia!" Bentak lelaki itu. Pada sepasang matanya terlihat seolah-olah ada api.

Dari oktaf suaranya sudah jelas akan ketidakpuasan hati lelaki itu.

"Master? Ptuih!"

"Aku sehingga menggelar manusia sebagai masterku."

Ketua Kim tersenyum menyinis. Berair matanya dek terlalu banyak ketawa.

Dia merasa cukup jijik.

Manusia di hadapannya ini sehingga boleh bergelar raja iblis. Entah apa yang telah dia lakukan sehingga raja iblis sebelumnya menabalkan manusia ini sebagai ganti.

Apa yang membuatkan dia tidak puas hati, dia...

...si ketua kumpulan iblis yang setia seumur hidupnya cuma dipandang sebelah mata sahaja.

Rasa tidak puas hatinya makin menjadi jadi apabila dia terpaksa memanggil manusia ini sebagai masternya, juga terpaksa melayaninya sebagai raja.

"Baik, aku akan serahkan takhta ini kepada kau kalau itu yang kau mahu."

Master Jeon menarik keluar pedang dari sarung lalu ditekap mata pedang itu di pangkal lehernya.

Ssing! Sebaik pedang itu menghiris lehernya, darahnya terpercik ke lantai.

"Aku tunggu kau di neraka, Kim."

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now