chapter 06 🪄

9 1 0
                                    


[ Master ]

Ssing!

Mata aku terbeliak. Sebaik sahaja mata pedang itu menghiris leher master, aku melihat darah terpercik ke atas lantai.

Aku melihat tubuh master rebah.

Cepat-cepat aku berlari ke arah Master. Aku sambut tubuhnya sebelum dia rebah ke tanah. Aku pangku tubuhnya.

"M...Master?" Aku menangis lagi untuk kesekian kalinya.

Luka di leher master kutekup bagi menghalang darah dari terus mengalir.

Tak, master tak akan meninggalkan aku.

Aku dakap erat tubuh master sambil menangis tersedu sedan.

"Tuan kau telah tiada. Tsk. Kasihan. Sepatutnya kau juga perlu mati."

"Tapi, aku perlukan khidmat kau. Jadi, mulai sekarang kau akan melayaniku."

"Mulai sekarang, aku ialah Tuan kau."

***

Aku genggam erat tangan yang lencun dengan darah masterku.

Sebaik mendengar bicara itu, aku lekas menggeleng tidak mahu. Aku berlutut.

"Aku sudah bersumpah untuk melayani seorang master sahaja seumur hidup. Mustahil untuk aku melayani Tuan. Jadi, aku mohon tarik balik."

"Kau yakin? Atau kau juga mahu mati?"

"Aku lebih memilih mati, Tuan untuk bersama dengan masterku."

Tak semena si raja iblis mendengus. Dia mengepal erat buku limanya.

Leherku dicengkam, memaksa aku untuk bangkit semula.

"Sumpah? Konyol!"

"T...Tapi, jikalau Tuan melepaskan masterku,..."

"...dan benarkan aku bawa jasadnya pergi dari tempat ini, aku pasti akan membalas budi itu."

"Aku pasti akan balas budi itu, Tuan."

***

Aku berhasil membawa master pergi dari tempat itu.

Tadi, saat master dalam pangkuanku, aku sempat periksa nadinya. Master ternyata masih hidup.

Jadi, aku lekas merangka rencana.

Aku harus membawa master jauh dari pengawasan si raja baharu.

Lega, aku cukup lega kami boleh bebas.

Tapi, aku tidak tahu hendak ke mana. Argh, pedulikan soal tujuan.

Dunia ini cukup luas.

Ada banyak tempat yang boleh kutuju.

Sedang aku asyik menunggang kuda, aku mendengar bunyi derapan langkah.

Aku bingkas meloncat turun dari kuda.

Aku takut sekiranya si raja iblis itu menghantar mata-mata untuk mengintip pergerakanku.

Mereka tidak boleh tahu master masih hidup. Aku berjaga-jaga di hadapan tandu andai ada yang akan menyerang hendap. Sehinggalah aku melihat susuk tubuh seorang pemuda.

Pemuda itu tersengih sebelum aku mendengar menjerit meminta tolong.

Entah di mana silapnya sehingga pemuda itu boleh termasuk jerat.

Tak semena tubuhnya ditarik ke dahan pokok dengan posisi terbalik.

Pemuda itu meronta-ronta mahu melepaskan diri namun usahanya tampak sia-sia. Aku cuma memandang sebelah mata. Tak aku hiraukan pemuda itu yang tergantung pada pokok.

Lagipun hari sudah mulai senja. Aku harus mencari tempat berlindung.

"Eh, cik. Tunggu! Jangan pergi dulu!"

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now