chapter 07 🪄

10 1 0
                                    


[ Master ]

"Eh, cik. Tunggu! Jangan pergi dulu!"

Xie Yu mendengus. Dia sambar pisau belati yang tersangkut di pinggang.

Pisau itu dilempar ke arah pemuda itu sehingga memutuskan tali yang mengikat kakinya. Tak semena pemuda itu tersungkur ke atas tanah.

"Aduh! Kalau ya pun nak tolong, baik baik lah cik. Sakit, tahu!"

"Orang dah tolong, tak reti bersyukur?"

Pisau belati kembali ke dalam genggamannya. Dia mahu beredar.

Namun, pemuda itu lekas menghalang.

"Tunggu!"

"Apa lagi yang kau nak? Aku dah tolong kau. Maknanya, tiada apa apa lagi."

"Terima kasih sebab bantu saya. Izinkan saya balas budi cik."

Tak semena dahi Xie Yu berkerut.

***

Hendak tak hendak, Xie Yu ikut pemuda itu. Sehinggalah dia bawa Xie Yu ke sebuah rumah kayu di kawasan pergunungan.

"Hari dah mulai senja. Saya cuma takut kalau berlaku apa apa dekat cik di luar sana. Kalau sudi, bermalam lah di sini dahulu dan berangkat esok pagi."

"Ini cara saya balas budi, cik. Sebagai tanda terima kasih sebab bantu saya."

Pemuda itu pelawa Xie Yu masuk. Namun, gadis itu lekas menolak.

Dia berkeras tidak mahu menerima bantuan daripada sesiapapun.

Dia takut andai dia tersilap langkah.

Dia takut manusia sehingga berani mencelakai masternya.

"Boleh saya tahu, apa yang cik bawa?"

Pemuda itu mengerling ke belakang Xie Yu. Dia cuba melihat kereta kuda di samping gadis itu.

Xie Yu genggam kemas pisau di tangan sebagai langkah berjaga jaga.

"Kau, siapa kau? Apa identiti kau?" Xie Yu mencerlung wajah pemuda itu.

"Nama saya Jungkook, cik."

"Jungkook?"

***

"Kau kenal master Jeon?"

"Saya tidak mengenali Tuan ini, cik. Saya cuma mendengar cerita tentangnya. Saya ingat cuma dongeng."

"Tidak tahu pula Tuan ini benar wujud."

Pemuda bernama Jungkook itu ralit memerhati sekujur tubuh milik master.

Aku memerhati tindak tanduknya.

Dia sepertinya bukan orang merbahaya. Boleh kah aku tumpang sebentar di rumahnya? Aku perlukan tempat untuk berlindung dan merawat master.

Jikalau aku menolak niat baiknya dan beredar, entah bila aku akan menemui tempat untuk berlindung.

Kau yakin untuk mempercayainya, Xie Yu? Kau betul betul yakin?

"Master Jeon benar benar wujud. Kau... Kau tak takut kepadanya?"

"Takut atas alasan apa? Tuan ini wujud dalam rupa manusia. Tak seperti apa yang saya bayangkan."

"Cik, kalau cik perlukan tempat untuk berlindung, saya pelawa cik untuk menetap di rumah saya. Luka Tuan ini perlu dirawat segera, bukan?"

"Hari sudah malam. Sukar nak cari tempat selamat untuk berlindung."

Argh, pedulikan hal lain kala ini. Kalau tebakanku meleset, aku akan tanggung sendiri kelak. Nahaslah pemuda ini jikalau punya niat yang bukan bukan.

"Baik, aku sambut pelawaan kau."

"Benarkan aku menetap di sini sehingga keadaan masterku membaik."

"Kami akan pergi kalau aku dah jumpa tempat selamat untuk berlindung."

"Baguslah kalau macam tu."

"Sila masuk, cik."

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now