chapter 08 🪄

12 1 0
                                    


[ Master ]

"Cuma 'Jungkook'?"

Xie Yu bertanya. Dia sekadar ingin tahu. Nama itu kedengaran tidak asing.

Seolah-olah dia pernah mendengarnya sebelum ini. Jungkook cuma angguk. Dia cuma mengenali namanya sahaja.

Nama keluarganya pula sudah lama lenyap dari ingatan.

"Nama cik pula?"

"Namaku Xie Yu. Lelaki ini masterku, aku menggelarnya Master Jeon."

Jungkook mengangguk angguk faham.

Sepasang mata redupnya menatap wajah Master Jeon. Lelaki itu tampak masih muda. Rupa parasnya tidak sepadan dengan usia.

Tidak pernah juga terlintas di benak fikirannya untuk menemui Master Jeon.

Dia cuma terdengar cerita soalnya saja.

Dia tidak tahu pula Master Jeon itu benar benar wujud. Jadi, dunia raja iblis itu juga wujud lah, kan? Gadis ini pula? Bukan kah gadis ini terlihat seperti manusia biasa?

Mengapa sehingga boleh mendampingi si raja iblis dan menggelarnya master?

"Aku juga manusia sama seperti kau."

Tak semena Jungkook tersentak.

Barusan tersedar matanya ralit menatap Xie Yu sambil fikirannya melayang entah ke mana. Dia cuma tertanya tanya. Mengapa gadis itu boleh berada bersama si raja iblis?

Tidak takut kah dia?

"Maaf, saya cuma berfikir akan sesuatu. Mengapa awak boleh ada..."

"Kenapa? Aku tidak boleh mendampingi Master Jeon kerana aku manusia?"

Jungkook kematian kata kata.

Argh, silap dia sudah melangkau batas.

Walauapapun hubungan gadis itu dan si raja iblis, bukan urusannya.

"Masterku juga pada mulanya manusia."

"Dia bukan seperti cerita orang."

"Bodohnya mereka yang percaya akan cerita-cerita tentang masterku."

"Mereka cuma tahu menjaja cerita tanpa usul periksa."

"Apa maksud cik?"

"Master Jeon juga seorang manusia?"

***

Aku mendengar cerita ini daripada orang di kediaman itu.

Aku kenal orang itu dengan nama Madam Lucy. Wanita itu yang telah melayani masterku sebelum aku mengangkat sumpah untuk menjadi pendamping abdinya.

Dia mengenali master sudah lama bahkan sebelum master naik takhta.

Master cuma seorang anak polos yang berusia 12 tahun saat diangkat menjadi raja iblis oleh raja sebelumnya.

Dek tidak mempunyai waris, anak manusia yang masih belum arif akan dunia itu dipilih untuk mengganti posisinya.

Kata Madam Lucy, setelah master naik takhta, keadaan menjadi huru hara.

Tiada sesiapa pun yang setuju bahawa manusia akan memimpin mereka.

Sehinggalah usia master menginjak 20 tahun. Dek tidak tahan mendengar protes orang orang itu, perangai master berubah seratus peratus.

Madam Lucy tidak lagi mencium aura manusia daripada lelaki itu.

Apatah lagi setelah melihat tindakannya membunuh manusia yang dijadikan buruh paksa di kediaman itu lalu memakan rakus bangkai bangkai yang bergelimpangan di atas tanah.

Saat itu, dunia seakan akan bungkam.

Masing masing naik teruja.

"Master. Lelaki itu ialah master kita."

"Sembah kepada si raja iblis!"

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now