chapter 09 🪄

6 1 0
                                    

[ Master ]

Jungkook duduk diam di sisi alas tidur. Mata redupnya menatap wajah seorang lelaki yang terbaring layu.

Sehinggalah dia melihat pada dahi lelaki itu timbul kerutan.

Tak semena anak muda ini tersenyum.

Seminggu sudahpun berlalu.

Baru kali ini dia melihat ada respons daripada lelaki yang digelar master itu.

"T...Tuan? Tuan dah sedarkan diri?" Jungkook beranikan diri menyoal. Padahal dia menggigil ketakutan. Bukannya dia tidak tahu siapa yang terbaring di hadapannya ini.

Jikalau tidak kena dengan emosi, maut pasti akan menjemputnya di situ.

"A...Aku...."

"Tuan dah sedar. Baguslah." Senyuman Jungkook melebar.

Perlahan lahan Master Jeon membuka mata. Dia menoleh ke sisinya dek mendengar suara yang cukup asing. Dia tatap wajah anak muda ini.

Dia tidak mengenalinya.

Buat sejenak, matanya meliar ke hulu dan ke hilir. Dia ingin tahu di mana keberadaannya kala ini.

Nampaknya, maut belum menjemput dirinya untuk pulang.

Dia masih hidup.

Gambaran dirinya yang hangus dijilat api itu rupa rupanya cuma mimpi. 

"M...Master? Master!"

Sehinggalah dia mendengar suara itu.

Tak semena dia berkeluh, lega. Dia rasakan lengannya didakap erat oleh Xie Yu sambil gadis muda itu menangis tersedu sedan.

Rambut Xie Yu diusap usap, dia mahu gadis itu berhenti menangis.

Namun, lelaki ini tidak reti memujuk.

"Baguslah, master sudah sedarkan diri."

"Xie Yu risau. Xie Yu takut master..."

"Cukup! Aku muak mendengar esakan kau. Aku lebih memilih untuk mati daripada melayan kerenah cengeng ni."

Tak semena tangisan Xie Yu bertambah lebat. Gusar hatinya bukan kepalang.

Tapi, master sehingga boleh bergurau senda dengannya.

Masakan dia tidak bersedih hati.

Xie Yu mencemik. Dia lap air matanya.

"Xie Yu janji. Takkan menangis lagi."

***

Aku bantu master untuk duduk bersandar. Bukan main girang hati aku kerana master baik baik saja.

Mujur tidak berlaku apa apa kepadanya meskipun dirinya sudah diambang maut. Ternyata maut belum bersedia menyambutnya padahal lelaki ini sudah memilih untuk mati kala itu.

Aku tatap wajah Master sejenak.

Aku melihat lelaki itu merenung ke arah suatu sudut. Tingkahnya terlihat seolah olah menilai akan sesuatu.

"Master, apa yang master fikirkan?"

"Anak muda itu, siapa?"

Tak semena aku lempar pandangan ke arah sudut yang sama. Aku melihat susuk tubuh Jungkook sedang sibuk melakukan sesuatu di luar.

"Pemuda itu Jungkook. Dia yang sudi membantu Xie Yu dan merawat master."

"Kau mengenalinya?"

Aku pantas menggeleng.

Benar lah kan. Aku tidak mengenalinya. Aku cuma kenal namanya sahaja.

"Tapi, master. Kalau dia bantu Xie Yu atas niat buruk, Xie Yu sumpah. Dia akan habis Xie Yu kerjakan." Aku angkat telapak tanganku seperti berikrar.

Aku tayang senyuman polos.

"Anak nakal, aku tidak mengajar kau untuk berfikir sedemikian."

"Jangan mengotori tangan sendiri."

Aku senyum lantas mengangguk akur.

"Baik, master."

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now