chapter 10 🪄

8 1 0
                                    


[ Master ]

"Tuan, nah."

Semangkuk bubur Jungkook tempatkan di atas meja berhadapan si master.

Mulanya, Master Jeon sekadar menjadi pemerhati. Dia nilai setiap tindak tanduk Jungkook sebelum matanya jatuh mengerling sup di dalam mangkuk. Tampak mengiurkan.

Sudah lama dia tidak disajikan masakan seperti ini. Entah seleranya masih mampu menerima ataupun tidak.

"Maaf kalau masakan saya tidak kena dengan selera Tuan."

Jungkook tersenyum.

Bukan main gejolak di hatinya kala itu. Sumpah, dia gugup!

Apatah lagi setelah melihat Master Jeon mulai mencicip sup masakannya. Dalam diam, dia panjat doa. Naya kalau rasa masakannya itu tidak kena dengan selera Master Jeon.

Hening. Tiada sebarang reaksi muncul pada wajah Master Jeon. Sebaliknya lelaki itu mencicipnya buat kali kedua. Jungkook anggap telingkah itu sebagai balasan yang baik-baik sahaja.

Baguslah kalau Master Jeon suka.

"Hah? Master langsung tak makan apa yang Xie Yu masak?"

Wajah Xie Yu tampak cemberut. Gadis itu bercekak pinggang.

"Kau mahu membunuhku, Xie Yu?"

"Maaf. Xie Yu tak reti."

Tak semena Jungkook ketawa kecil. Xie Yu yang melihat reaksi pemuda itu mendengus. Sumpah, dia cemburu. Si Tuan menjamah sup masakan Jungkook berbanding apa yang dia hidangkan.

Mana dia tidak tayang wajah cemberut.

Dia cuma mahu menyediakan masakan untuk masternya. Tapi, dia tidak reti.

Barangkali Master Jeon tahu seperti apa masakan Xie Yu sehingga lelaki itu tidak berani hendak mencicipnya walaupun sekadar sesuap.

"Cik, jemputlah duduk. Makan sekali."

Semangkuk sup Jungkook hulurkan kepada gadis itu.

Dek merasa lapar, Xie Yu iyakan sahaja. Padahal dia mahu lancarkan perang dingin terhadap pemuda itu.

Dia tidak suka jikalau kelak Master Jeon lebih menyukai Jungkook daripadanya.

Tak! Takkan berlaku!

***

Xie Yu usap perut buncitnya.

Bukan main berselera gadis itu makan.

Dua tiga mangkuk sup licin dilahapnya seorang. Master Jeon yang sekadar menjadi pemerhati cuma menggeleng.

Padahal tadi bukan main berkeras tidak mahu menjamah sup itu.

"Sedap, kan? Kalau cik mahu, saya boleh ajar cara masak sup ni." Xie Yu kejung di situ. Perlahan-lahan dia tolak mangkuk kosong jauh-jauh dari hadapan matanya. Dia lap mulutnya.

Dia tayang senyuman, sekadar direka.

"Oh ya? Terima kasih."

"Baguslah, kalau boleh. Anak nakal ni perlu tahu cara memasak yang betul."

Master Jeon mencelah.

Lelaki itu seolah olah sengaja meniup api dalam diri Xie Yu.

Xie Yu menatap masternya dan pemuda itu silih berganti. Masakan pemuda ini sudah berjaya menambat hati masternya. Mustahil. Sedangkan dahulu bukan main payah dia ambil hati si Master Jeon. Tapi, pemuda ini?

Xie Yu menggeleng-geleng kepalanya.

Cepat-cepat dia tampan jauh pemikiran itu.

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now