chapter 11 🪄

7 1 0
                                    


[ Master ]

"Master, Xie Yu cadangkan kita perlu pergi jauh dari sini."

"Xie Yu cuma takut Ketua Kim tahu yang master masih hidup. Xie Yu tak mahu berlaku perkara buruk lagi kepada Master. Master, tolong dengar cakap Xie Yu ya?"

Sepasang mata redup milik Xie Yu menatap lembut wajah Master Jeon.

Dia cukup berharap bahawa lelaki itu akan mendengar nasihatnya. Selagi mereka masih di situ, Xie Yu belum boleh duduk dengan tenang. Dia takut sekiranya Ketua Kim sehingga mengapa-apakan tuannya.

"Aku tak lagi menginginkan takhta itu. Jadi, untuk apa Kim perlu khawatir?"

"Master, Xie Yu mohon."

Xie Yu gosok kedua dua belah telapak tangannya. Dia tak henti merayu.

Sehinggalah gadis itu merasakan tangannya disambar. Tak semena Xie Yu terbeliak mata. Dia cuba menarik semula tangannya dari cengkaman Master Jeon namun usahanya sia sia.

Kekuatannya tidak setanding.

Master Jeon tilik lengan gadis itu yang memerah. Ada kesan torehan pada lengannya membuatkan mata Master Jeon mencerlung wajah Xie Yu. Lelaki itu bertingkah seolah olah ada sesuatu yang perlu Xie Yu jelaskan.

"Master, ni luka lama."

"Masih belum sembuh sepenuhnya."

Xie Yu cuba untuk meyakinkan si Tuan.

Master Jeon tidak lagi bersuara. Entah Xie Yu berkata benar atau bohong.

Dia malas hendak mengambil tahu.

Xie Yu lekas menutup luka itu dengan lengan bajunya. Lantaran dia pamit hendak ke belakang rumah dahulu. Xie Yu mengetap bibir, dia ramas tangannya dek berasa gementar.

"Maafkan Xie Yu, Master."

"Xie Yu terpaksa membohongi master."

***

Pprang!

Tak semena bahu aku terhinjut sebaik mendengar perhiasan kaca itu dilempar ke atas lantai, pecah seribu.

Melihat amukan itu, aku lekas berlutut.

"Maafkan aku, Tuan."

"Baru sekarang aku menemui Tuan."

Aku ucap penuh hina. Aku tidak mahu pula figura itu terus mengamuk.

Dalam keadaan tunduk ke tanah, aku mendengar derapan langkah ke arahku. Langkah itu disusun satu persatu sehingga berjaya bikin aku meremang. Aku kekal dengan posisi berlutut.

"Aku mahukan minuman tu."

"Aku sudah menyediakan minuman itu untuk Tuan seperti kemahuan Tuan."

Aku sahut bicaranya lantas aku dongak menatapnya. Pada wajah lelaki itu, aku melihat bibirnya robek dengan senyuman menang. Sehinggalah aku rasakan jemarinya mengelus rambutku.

"Bagus jikalau kau tahu tugas kau."

"Anak nakal macam kau patuh juga, ya."

Tak semena tubir mataku mulai panas.

Bicaranya itu menjuntik sayu hatiku.

Padahal aku sudah bersumpah hanya Master Jeon sebagai masterku.

Cuma Master Jeon yang aku dampingi.

Tapi, kerana rencana licik lelaki ini, aku sehingga terpaksa tunduk kepadanya.

"Terima kasih, Tuan."

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now