chapter 12 🪄

10 1 0
                                    


[ Master ]

"Maknanya, selama ini Tuan kau itu cuma mempergunakan kau sahaja."

"Dia membela kau untuk kepentingan diri sendiri semata mata. Lelaki itu,... aku mengenalinya sebagai manusia yang takut akan mati. Sudah pasti lah dia mahu kau tetap bersamanya."

"Kau tak berfikiran begitu?"

Sepasang mata milik Ketua Kim tajam mencerlung aku.

Tatapan itu seakan akan mendesak aku supaya memberi sebarang respons.

"Aku tahu akan niat masterku. Biarpun mati, aku tetap pertahankan master. Lagipula aku sudah bersumpah, hidup matiku adalah untuknya. Seumur hidup aku sanggup untuk beri darah ini kepada Master Jeon."

***

Master Jeon, Master Jeon, Master Jeon.

Telinganya berdesing mendengar nama itu sering meniti di bibir Xie Yu.

Kepatuhan gadis ini terhadap tuannya bikin Ketua Kim naik angin. Api dalam dirinya makin marak setiap kali gadis itu mengagung-agungkan tuannya. Seolah olah tuannya itu begitu sempurna.

"Cukup, berhenti menyanjung lelaki itu. Telinga aku sakit mendengarnya."

"Sepatutnya aku bunuh kau, manusia."

Xie Yu sembunyi senyum.

Dia tahu bagaimana ingin mengusik emosi si Ketua Kim.

Sehebat mana pun lelaki di hadapannya kala ini, belum cukup untuk menandingi masternya. Tiada sesiapa pun yang boleh mengatasi kedudukan masternya sebagai seorang raja iblis.

Ketua Kim memang merbahaya.

Namun, Master Jeon. Bahayanya lelaki itu berganda-ganda.

Setiap kali namanya dipetik, orang orang yang mendengar namanya itu pasti merintih memohon diampunkan. Padahal mereka tidak berbuat apa apa salah sekalipun.

Master Jeon memang seorang manusia. Tapi, dia dibela oleh raja iblis sebelumnya. Masakan boleh ditandingi.

Namun, pilihan untuk turun takhta itu ialah keputusan Master Jeon.

Xie Yu tidak berkuasa menghalangnya.

"Kau masih mahu menyanjungnya?"

"Tsk. Jikalau dia masih hidup sekarang pun, lelaki itu akan mati juga."

"Usianya kembali terhitung. Bahkan menua lebih cepat daripada manusia."

Tak semena Xie Yu kematian kata kata.

Bicara itu bikin gadis ini kejung.

Kali ini, master...

...dia akan benar benar tinggalkan aku.

***

Hari sudah lewat senja. Namun, kelibat Xie Yu masih belum kelihatan.

Tak semena Jungkook rasa khawatir. Dia takut sekiranya berlaku apa apa kepada gadis itu di luar sana.

Sehebat mana pun gadis itu, dia takut sekiranya gadis itu tewas juga. Xie Yu kerap pulang lewat semenjak dua menjak ini. Jikalau disoal, gadis itu pasti akan menjawab dia cuma keluar untuk melihat kawasan berhampiran.

Sempat juga dia menitip pesan supaya anak muda ini melayani masternya.

"Anak nakal tu belum pulang?"

Jungkook sedikit kaget sebaik ditegur oleh suara itu. Dia mengangguk mengiyakan pertanyaan si Master Jeon. Sepasang mata Jungkook memerhati gerak geri Master Jeon menghenyak punggung ke atas bangku.

Buat sejenak, matanya mengarah ke langit yang mulai kekuningan.

"Tuan sepatutnya berehat di dalam. Xie Yu akan marahkan saya kalau benarkan Tuan duduk di luar." Jungkook mencuba nasib memujuk. Padahal dia rasakan tindakan itu tidak perlu.

Master Jeon terlihat cukup tenang kala itu. Berbeza sekali seperti apa yang sering diceritakan oleh orang. Barangkali jarang sekali dia duduk di luar pada waktu sebegini merenung langit tanpa perlu khawatir akan apa apa pun. 

Lahir sebagai seorang manusia, tetap seorang manusia juga.

Walau dunia itu sedikit kejam kepadanya.

"Kau menyukai Xie Yu?"

"Haaa?"

TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now