chapter 13 🪄

11 1 0
                                    


[ Master ]

Tak semena Jungkook terbatuk-batuk.

Dia sehingga tersedak air liur sebaik mendengar pertanyaan itu meniti di bibir Master Jeon.

Jungkook lekas menggelengkan kepala. Bukan main menggigil ketakutan tubuhnya kala itu sebaik sepasang mata Master Jeon ralit menatapnya. Lelaki itu seolah olah sedang meragui dirinya.

"Sebab Xie Yu pelayanku?"

"Eh, tak. Bukan tu maksud saya. Jangan Tuan anggap macam tu pulak."

Jungkook lekas menafikan tebakan si Master Jeon. Bukannya dia tidak menyukai Xie Yu kerana gadis itu seorang pelayan. Dia tahu mengapa Xie Yu perlu ada di samping Master Jeon. Lagipun, tugas gadis itu sebagai pendamping kepada Master Jeon bukannya satu tugas yang hina.

Jadi, untuk apa dia perlu menuding jari ke arah Xie Yu sehingga tidak menyukai gadis itu hanya kerana menjadi seorang pelayan kepada tuannya.

"Aku tak mahu kelak Xie Yu bersedih terlalu lama setelah aku mati."

"Kalau ada yang boleh menemaninya, aku tak perlulah risau."

"Anak nakal macam Xie Yu tu, macam macam ada dalam fikirannya. Sampai kadang kala dia bertindak luar kawalanku. Aku kenal Xie Yu sudah cukup lama. Tambahan, aku yang membesarkannya."

"Anak itu cukup malang. Dunia begitu kejam kepadanya."

Jungkook diam. Pemuda itu tekun memasang telinga mendengar apa yang dibicarakan oleh Master Jeon.

Menurut apa yang didengar olehnya daripada cerita orang, si raja iblis itu tidak akan menua. Tapi, pemuda ini sering mendengar Master Jeon menyebut soal kematiannya. Sehingga lelaki itu kerap berasa risau.

Dia khawatir akan Xie Yu. Apa agaknya nasib gadis itu setelah kematiannya?

Saban hari, Jungkook sedar perubahan yang berlaku pada Master Jeon.

Rambut lelaki itu mulai memutih.

Raut wajahnya sudah mulai menua.

Bukan kah si raja iblis itu tidak akan menua seumur hidup?

Atau lebih tepat lagi, fenomena itu digelar immortal.

"Master Jeon, Xie Yu dah pesan kan untuk berehat?" Sayup sayup kedengaran suara Xie Yu dari jauh. Gadis itu mencekak pinggang. Namun, si Master Jeon tetap tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia masih duduk santai di situ merenung langit.

"Master Jeon~~"

"Diam, jangan ganggu aku."

Mahu tak mahu, Xie Yu terpaksa akur.

Gadis muda itu mencemik. Dia jeling sejenak Jungkook di sampingnya yang sudah sembunyi senyum. Sebaik mendapati bahawa dirinya dijeling tajam, Jungkook lekas mengacip mulut.

Dia tidak mahu sehingga mendengar amukan si Xie Yu.

Mahu bernanah telinganya!

***

"Kau ingat kau boleh tipu aku, Xie Yu?"

Keheningan ruangan utama itu pecah dek gelak tawa si Ketua Kim.

Dek terlalu banyak ketawa, air matanya sehingga menitis. Geli hatinya. Namun, dalam dirinya kala itu ada api. Ketua Kim mengepal penumbuknya. Dia lap bibir yang basah usai meminum semangkuk air minuman.

Pprang!

Tak semena dia hempas mangkuk itu ke atas lantai sehingga pecah berkecai.

Dia sudah tahu lama akan hal ini.

Master Jeon masih hidup.

Ketua Kim tahu akan kenyataan itu. Dia cuma ingin melihat sejauh mana kemampuan Xie Yu untuk menyimpan rahsia itu. Padahal cepat mahupun lambat, rahsia itu akan terbongkar jua. Apatah lagi setelah lelaki ini sudah mengetahuinya.

"Kau silap kerana cuba untuk memperbodohkan aku, Xie Yu. Tapi,..."

"...tak mengapa. Aku biarkan kau terus hidup untuk kepentingan aku juga."

"Aku perlukan kau untuk terus hidup."


TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now