chapter 14 🪄

6 2 0
                                    


[ Master ]

"Xie Yu, awak yakin dengan apa yang awak buat ni? Kalau Tuan tahu..."

Jungkook menjadi tidak senang duduk.

Apatah lagi setelah melihat telingkah Xie Yu yang seperti tidak peduli akan nasihatnya. Sudah acap kali Jungkook cuba untuk menegah rencana gadis itu, tapi Xie Yu tetap mahu berdegil.

"Aku buat semua ni untuk Master Jeon."

"Kau takkan faham, Jungkook."

Xie Yu menutup tempayan kecil dengan sehelai kain lalu diikat kemas. Dia angkut tempayan itu lalu diserahkan kepada Jungkook. Mahu tak mahu, Jungkook sambut jua pemberiannya itu.

"Tapi, Xie Yu..."

"Bantu aku, Jungkook."

"Hanya kau saja yang aku boleh harap untuk bawa Master pergi jauh dari tempat ni. Pergi jauh dari Ketua Kim."

Xie Yu membasuh luka di lengannya dengan air paip yang mengalir deras. Jungkook peluk erat tempayan sambil matanya mengerling ke dalam rumah. Ralit matanya memerhati sekujur tubuh milik Master Jeon yang terlena di atas alas tidur setelah meminum sup masakannya sebentar tadi.

"Habis, awak pula macam mana? Apa yang perlu saya jawab pada Tuan?"

"Jungkook,..."

"...aku telah bersumpah untuk melayani master Jeon sehingga aku mati."

"Andai kelak maut menjemput aku, itu maknanya tugas aku kepada Master Jeon sudah selesai. Kau tak perlu lah nak risau. Master Jeon pasti faham kenapa aku buat semua ni."

"Master Jeon ialah Tuan awak. Awak tak sepatutnya buat keputusan sendiri."

"Jungkook, sekali lagi aku merayu dekat kau. Bawa Master Jeon pergi dari sini."

Xie Yu tekad berlutut.

Tak semena mata Jungkook terbeliak.

***

Jungkook mengeluh sedikit panjang.

Usai dia baringkan sekujur tubuh milik Master Jeon di dalam sebuah kereta kuda, dia kembali menemui Xie Yu. Dia mahu mencuba nasib untuk kedua kalinya. Mana tahu Xie Yu makan pujuknya kali ini.

"Awak yakin awak tak ikut sekali? Kalau Master Jeon tiba-tiba sedarkan diri?"

"Kau tak perlu risau. Ubat tu akan menidurkan Master selama dua hari."

"Jadi, kau cuma ada masa dua hari ni untuk bawa Master Jeon pergi sejauh yang mungkin. Aku percayakan kau,  Jungkook." Jungkook mengeluh. Bukan main keras hati anak gadis itu walaupun sudah banyak kali dia cuba untuk menasihatinya.

"Saya pergi dulu."

"Sampai jumpa lagi, Xie Yu."

Jungkook pamit lalu menarik tali kuda beredar dari situ meninggalkan Xie Yu.

Xie Yu membungkuk hormat sejenak tanda terima kasih kepada pemuda itu. Mata redup Xie Yu menghantar pemergian Jungkook sehingga akhirnya lenyap dari pandangan matanya. Xie Yu mengepal penumbuknya. Air mata yang menitis ke cerun pipi lekas diseka.

"Master Jeon, maafkan Xie Yu."

"Anggap saja semua ni tanda terima kasih Xie Yu kepada Master."

"Selamat tinggal, Master Jeon."

***

Sayup-sayup kedengaran suara Xie Yu menjerit kuat sebaik besi panas itu ditekap ke lehernya.

"Xie Yu..." Air mata Xie Yu tumpah lagi. Jemari Ketua Kim mencengkam rambutnya yang diikat sanggul. Tak semena Xie Yu memejam mata sebaik dia rasakan rambutnya seolah-olah akan terputus dari kulit kepala.

"Aku akan lepaskan master kau asalkan kau berlutut di kaki aku seumur hidup."

Argghh! Jeritan Xie Yu kembali menghuni ruangan itu.

Dari hujung alis mata, Xie Yu mengerling bahunya yang ditusuk pisau sehingga terpercik darah ke lantai. Xie Yu teguk liur yang bercampur darah. Pandangannya mulai kabur sehingga dunia terlihat seolah-olah berputar.

Sebelum dia rebah, dia rasakan kepalanya dipangku. Xie Yu mahu menoleh melihat figura yang memangku dirinya itu.

Namun, niatnya tidak kesampaian.

Xie Yu rebah, menutup mata.


TBC

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now