chapter 15 🪄

8 2 0
                                    


terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk baca cerita pendek 'Master'

Semoga kena dengan selera

___

[ Master | Final ]

Keheningan ruang utama itu pecah dek suara jeritan lelaki itu. Darah mengalir ke lantai, mencurah persis air paip yang mengalir deras. Dia mengetap bibir.

Seolah-olah lelaki itu mahu menyuarakan sesuatu namun niatnya itu terpaksa dikubur. Hendak tak hendak, Ketua Kim dibiarkan membisu ditempatnya terduduk melutut. Ada sebilah pedang tertusuk menembusi lehernya. Ketua Kim menggumam akan sesuatu yang tidak jelas.

Sepasang matanya yang merah terkena darah menerung sekujur tubuh di hadapan mata. Dengan segala kudrat yang tersisa, dia cuba untuk merangkak ke arah figura itu. Namun...

niatnya tidak kesampaian sebaik tubuh lelaki itu mulai kaku, akhirnya dia rebah ke lantai tidak lagi bernyawa.

"Xie Yu..." Wajah pucat milik Xie Yu ditampar lembut.

Tubuh Xie Yu yang masih hangat digoncang-goncang. Dia mahu gadis itu kembali mencelikkan mata dalam pangkuannya. Sehinggalah dia melihat sepasang mata Xie Yu kembali tercelik.

Tak semena gadis itu menangis teresak esak. Dia menangis semahunya.

Xie Yu memanggil nama masternya.

Berulang-ulang kali.

"Master..."

***

"Tuan..."

"Saya minta maaf. Saya buat semua ni atas permintaan Xie Yu."

Jungkook berbicara sendirian sambil menarik tali kuda. Alangkah khawatir rasa hatinya kala itu. Dia takut sekiranya semua ini sampai ke pengetahuan Master Jeon kelak. Tapi, cepat mahupun lambat,...

Master Jeon akan tahu jua hal sebenar.

"Tuan, saya minta maaf ya."

"Anak nakal Tuan tu... keras kepala."

"Saya pun tak tahu nak buat apa lagi untuk pujuk dia, Tuan."

Bicara Jungkook berlanjut lagi. Keluhan berat keluar dari mulutnya setelah itu.

Sehinggalah telinganya menangkap satu suara dari belakang. Tak semena tubuh pemuda itu kejung, dia berdiri statik di posisi. Sedikit pun tidak berani untuk berganjak walhal menoleh sekali pun.

"Beritahu aku Xie Yu ada di mana kalau kau mahu aku maafkan kau."

Jungkook teguk liur. Dia cukup kenal akan suara itu. Dia beranikan diri untuk menoleh ke belakang setelah acap kali menarik hembus nafasnya.

"Tuan Jeon?"

***

Dalam tidak sedar, air mata Jungkook merintik ke cerun pipinya.

Dari tempatnya berdiri memerhati, dia melihat sekujur tubuh milik figura yang digelar Ketua Kim terkulai layu di atas lantai dengan sebilah pedang menusuk lehernya. Kemudian, matanya beralih pula ke tengah ruangan ini.

Dia melihat susuk tubuh milik Xie Yu terbaring dalam pangkuan tuannya.

Gadis itu menangis teresak-esak.

Acap kali Jungkook mendengar Xie Yu memanggil-manggil akan tuannya.

"Master Jeon..."

"Xie Yu sudah bersumpah untuk setia dengan Master Jeon seumur hidup."

"Xie Yu dah lakukan yang terbaik, kan?"

Master Jeon mendakap erat tubuh kecil Xie Yu. Entah mengapa, suatu perasaan aneh tiba tiba menusuk kalbunya. Sehingga menjadikan lelaki itu boleh menumpahkan air mata. Jauh di sudut hatinya, dia merasa cukup lega.

Xie Yu selamat. Fikirnya.

"Xie Yu dah lakukan yang terbaik, kan?"

"Ya, kau dah lakukan yang terbaik."

Master Jeon melelapkan matanya buat sejenak sehingga titis-titis air mata membasahi cerun pipinya. Tubuh Xie Yu mulai melemah. Nafas gadis itu juga mulai berhembus perlahan.

Tak semena Master Jeon mengeratkan pelukannya di tubuh Xie Yu.

Dia tidak mahu sehingga berlaku apa apa kepada gadis itu.

Atau, dia akan menghukum diri seumur hidup. Apa yang berlaku adalah kerana Xie Yu mahu melindunginya. Jadi, dia lah penyebab perkara ini berlaku kepada Xie Yu. Andai berlaku apa apa, dia lah pengangkaranya.

Xie Yu, terima kasih.

Untuk kehidupan yang akan datang, aku harap kita tidak lagi bertemu.

Aku tidak lagi mahu kau melayaniku.

Tapi, jikalau sebaliknya, kita bertemu lah sebagai manusia biasa.

Bukan sebagai seorang master ataupun seorang pelayan.

Boleh?

Jungkook menekup mulutnya. Air mata pemuda itu tumpah lebat ke pipi.

Sebaik mendengar esakan Master Jeon, dia sudah cukup faham. Tak semena pemuda itu terduduk di atas lantai. Dia turut menangis sambil menggeleng gelengkan kepalanya seolah belum boleh menerima hakikat itu.

Andai sahaja pada hari itu dia menolak untuk pergi dan ikut bersama Xie Yu,...

...perkara ini takkan berlaku, bukan?

Andai... Andai... Andai...

Setakat berandaian, tidak akan mampu untuk merubah apa apa pun.

Semakin lebat esakannya, semakin erat Jungkook menekup mulutnya.

Dia tidak mahu tangisannya sehingga mampu terdengar oleh orang.

Apatah lagi Master Jeon.

"Xie Yu, awak menipu, bukan?"

"Saya tahu. Awak suka usik Tuan Jeon."

Seribu tahun pun dia menafikan, tidak akan memberi hasil apa apa pun.

Hakikat sudah tertulis. Tiada apa apa pun yang boleh merubahnya.

Lagipun ini jalan yang Xie Yu pilih.

Semata mata untuk masternya,

Master Jeon.



THE END








[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now