chapter 16 🪄

10 1 0
                                    


Chapter tambahan

[ Master | Final pt.2 ]


Suasana kota itu sedikit hingar bingar.

Apatah lagi setelah melihat jejaka berwajah tampan ini.

Anak anak gadis yang melihatnya pasti akan menoleh buat kali kedua. Mereka belum puas menatapnya sekali.

"Master, Xie Yu rasakan rambut putih ni terlalu menonjol lah. Sampai kita jadi pusat perhatian orang."

Xie Yu asyik menyembunyikan diri di belakang jejaka tampan itu. Dia gerun melihat penduduk kota itu kerap memandang ke arahnya seolah-olah dia melakukan suatu kesalahan besar.

Tak semena tawa Master Jeon terletus.

"Master!"

"Apa pula yang Master ketawakan?"

Xie Yu mendengus. Gadis itu mencemik.

Sehinggalah gadis itu melihat kelopak bunga jatuh ke bahunya.

Selang kemudian, kelopak bunga jatuh dari langit seolah-olah turun hujan.

Barangkali kelopak kelopak bunga itu berterbangan ditiup angin. Tak semena kota itu kembali menjadi hingar bingar. Masing masing berbisik antara satu sama lain memuji kecantikan jejaka ini.

Apatah lagi setelah kelopak bunga itu mulai menghujani dirinya.

Xie Yu mengeluh. Namun, dia terbiasa.

Setiap kali ke kota untuk menemani Master Jeon melihat sekeliling, dia pasti akan mendengar pujian daripada anak anak gadis terhadap tuannya. Kadang kala sehingga naik rimas gadis itu.

"Tuan Jeon! Xie Yu!" Sayup kedengaran suara itu memanggil dari kejauhan.

Jungkook mengah.

Xie Yu yang sekadar menjadi pemerhati mengerutkan dahinya. Entah dari mana pemuda ini, tiba-tiba sahaja muncul.

"Semua makanan dah siap. Tuan pesan untuk maklumkan kepada Tuan, kan?"

"Makanan dah siap? Baguslah!" Xie Yu, si paling teruja, lekas berlari hendak pulang dengan kadar segera. Dia mahu menjadi orang pertama yang merasa masakan Jungkook. Memandangkan dia juga sudah rasa lapar, wah memang masa yang tepat untuk makan!

Mata Jungkook cuma mengekori jejak langkah Xie Yu. Eh?

Kalau bercakap soal makan, Xie Yu lah yang paling pertama akan datang.

Makan sahaja reti. Masak? Dia cuma tahu memasak sup untuk Master Jeon sahaja, itupun berkat ajaran Jungkook.

"Tuan, ada sesuatu yang saya nak tanya kepada tuan." Jungkook tekad hendak menyoal padahal dia merasa ragu. Dia tidak pasti sama ada dia perlu bertanyakan soal itu ataupun tidak. Master Jeon diam, dia beri peluang kepada Jungkook untuk terus berbicara.

"Boleh saya tahu nama sebenar Tuan?"

"Saya cuma nak pastikan sesuatu."

Master Jeon menghela nafas pendek.

Matanya menatap wajah polos milik Jungkook buat sejenak.

Dia tidak pasti mengapa pertanyaan itu tiba tiba meniti dari mulut Jungkook.

Dia kira pasti ada sesuatu.

"Nama aku..."

***

Anak polos yang berusia 12 tahun kala itu menangis teresak-esak melihat kediaman rumahnya hangus terbakar.

Dari kejauhan, dia melihat sekujur tubuh milik ibunya yang mulai dijilat oleh api. Anak polos itu meronta ronta. Dia mahu menyelamatkan ibunya. Namun, kudratnya tidak setanding akan kekuatan lelaki bertubuh kekar itu.

Tubuh kecilnya diheret sedang dirinya merayu meminta dilepaskan.

"Aku minta kau lihat kehancuran ini untuk tanam api dalam diri kau."

"Kau boleh saja untuk bantu mereka semua, tapi kau tak berdaya."

Telinganya menangkap bicara sinis itu.

Sehinggalah dia dibawa ke sebuah kawasan pergunungan. Ada kediaman persis sebuah istana bertapak di puncak gunung. Si anak kecil ralit memerhati sekitarnya sebaik melihat sekumpulan orang menyembah di tanah.

Masing masing statik dengan posisi itu menyambut kepulangan lelaki ini.

Sesampainya di suatu ruangan, lelaki itu berlutut di atas lantai di hadapan anak polos ini. Si anak polos itu tampak cukup keliru. Matanya ralit menatap wajah lelaki di hadapannya. Entah mengapa pada mata lelaki itu terlihat berkaca-kaca olehnya.

"Mulai saat ini, semua orang menggelar kau sebagai Tuan mereka."

"Kau akan digelar Master Jeon, bukan lagi digelar dengan nama, Jeongguk. Tak akan ada seorang pun layak menyebut nama sebenar kau selagi takhta ini adalah milik kau. Aku tabalkan engkau sebagai penggantiku,..."

"...dan darahku ini sebagai bayaran kepada perbuatanku terhadap ibu kau."

Ssing! Tak semena budak polos bernama Jeongguk itu memejam mata.

Wajahnya terkena percikan darah usai sebilah pedang itu menghiris leher lelaki di hadapannya. Tubuh kecilnya menggigil ketakutan. Jeongguk duduk, dia menggoncang goncang tubuh kaku milik lelaki yang rebah di hadapannya.

Acap kali dia memanggil manggil lelaki itu, namun tiada sebarang sahutan.

Akhirnya, Jeongguk menangis lagi.

Si raja baharu itu ditabalkan pada usia 12 tahun di mana dunia iblis menentang perlantikannya sebagai pengganti. Buatkan anak polos itu bersembunyi dek mahu mengasingkan diri.

Dia tidak mahu mendengar cemuhan orang yang tidak putus-putus.

Sehinggalah pada saat usianya mencecah 20 tahun, si anak polos itu tampilkan diri hadapan orang. Karakternya yang berubah seratus peratus bikin pergunungan itu huru hara. Dia membunuh, semata mata mahu memuaskan dirinya.

Pada saat itu juga lah orang orang ini mulai tunduk kepadanya.

Mereka menggelarnya sebagai Master.

Master Jeon, si raja yang gila.

THE END

[C] Master | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now