MA : 04

137 16 1
                                    

MIKAEL menutup semula Macbook miliknya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

MIKAEL menutup semula Macbook miliknya. Dia menyandarkan tubuhnya di sofa tebal yang terdapat dalam bilik kerjanya didalam rumah mereka. Entah mengapa, fikirannya mula terbayangkan tentang gadis yang pernah mencuitkan hatinya. Sudah lima tahun mereka terpisah angkara keadaan yang tidak dapat dielakkan. Dia rindu? Mungkin, benar dia rindu akan gadis itu.

Mikael meraup kasar wajahnya lalu dia menghembuskan keluhan berat. Kenapa setelah lima tahun, perasaan itu kembali lagi? Kenapa..

Maleeq menaikkan alis keningnya, pelik dengan perlakuan si abang sulungnya itu. Maleeq mengorak langkahnya untuk masuk kedalam bilik Mikael.

"Kau okay? Sampuk Maleeq dengan kerutan didahi. Pantas sahaja Mikael memalingkan wajahnya ke arah figura yang berbicara dengannya itu.

"Nampak sangat tak okey ke, Athar?"

Maleeq angguk. Dah kenapa pula abang dia ni. Mikael mendiamkan dirinya sejenak.

"Sangat. Kau dah kenapa sebenarnya?"

"Aku serabut. Aku tak tahulah."

"Tak payahlah buat kerja ni, baik kau tenangkan diri kau." Dengan mudahnya, Maleeq berbicara sebegitu. Wah! Cakap memang mudah.

"Senangnya kau cakap eh? Aku nak siapkan kerja. Dahlah lusa dah nak flight lagi." Mikael menghela nafasnya panjang. Maleeq hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Itulah, nak sangat jadi pilot." Selamba Maleeq berbicara, bukan dia tidak tahu sejak kecil lagi Mikael memang suka sangat dengan kapal terbang. Siap nak ada kapal terbang sendiri lagi! Sekarang ni dah ada syarikat penerbangan sendiri, syukur.

"Itu cita-cita aku, Athar." Susah sangat nak menang kalau berlawan mulut dengan Mikael Ayash ni! Maleeq menjeling saja.

"Dahlah kau! Aku nak turun bawah kejap, nak lepak dengan mummy." Sememangnya, Maleeq sangat suka untuk berbual dengan mummynya. Banyak tea yang menarik! Mikael hanya menghantar Maleeq yang keluar dari bilik kerjanya melalui hujung anak matanya saja. Dia masih banyak kerja yang harus diselesaikan. Dahlah lusa ada flight!

 Dahlah lusa ada flight!

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Mikael Ayash | OgTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang